4 Tempat Makan Mesra Muslim di Akita Prefecture Jepun

JALAN-JALAN
November 07, 2019 - 10:49 AM


Semboku City merupakan salah satu destinasi popular untuk musim luruh dan bunga di Jepun. Setiap tahun, Semboku City akan dibanjiri oleh pelancong dari penduduk tempatan yang ingin menikmati rasa sebenar musim bunga dan musim luruh di sini. Namun tempat ini masih lagi tidak ramai yang tahu terutama pelancong dari Malaysia.

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk merasai musim luruh di Semboku City, korang boleh baca post sebelum ni:

Info Ringkas Semboku City, Akita Prefecture di Jepun

8 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Pergi di Semboku City, Akita Prefecture, Jepun

Itinerary Ringkas 5 Hari 4 Malam di Semboku City, Akita Prefecture, Jepun

Bagi muslim bila nak travel ke tempat baru yang masih tidak ramai pelancong mesti akan fikir banyak kali nak pergi disebabkan payahnya nak mencari kedai makan halal. Yes betul mencari halal itu wajib, kalau ada restoran halal memang itulah jadi pilihan.

Travel di Jepun bukan lagi masalah buat muslim disebabkan negara matahari terbit ini telah mula membuka peluang kepada muslim untuk merasai pengalaman sebenar budaya mereka. Jadi kebanyakkaan kedai halal atau lebih tepat lagi restoran mesra muslim banyak boleh didapati di sekitar Jepun walau di tempat yang tidak ramai pelancong sekali pun.

Berikut aku senaraikan 4 tempat makan atau restoran mesra muslim yang boleh korang singgah jika nak datang di Semboku City.

1. Lunch at Sakuranosoto (Tempura Udon)

Tempat ni terletak di antara celah - celah rumah penduduk tempatan. Menyediakan menu Tempura Udon istimewa dari Akita. Ada menu dalam bahasa English disediakan. Bagi muslim yang agak strict tentang status halal boleh selalu bertanyakan restoran untuk menu yang tidak ada penggunaan minyak dan pork. 

2. Dinner at Tukinoshiori Restaurant (Chicken Sukiyaki)

Chicken Sukiyaki merupakan hidangan istimewa di Akita dan memang berasaskan ayam yang diternak secara rare. Kalau di Kobe kita ada Kobe Beef lembu di ternak dengan cara lain, di Akita mereka ada ayam. Namun sayang, ayam di sini masih lagi tidak disembelih secara halal. Mungkin pada masa akan datang mereka akan sediakan menu ayam halal untuk muslim, bergantung kepada jumpa pelancong muslim yang akan datang di daerah ini. Tapi tak mengapa korang sentiasa ada pilihan vegetarian. Di sini mereka menyediakan masakan vegeterian juga dan jangan lupa pesan kat mereka no alcohol dalam hidangan. Menu dalam bahasa English juga disediakan.

Info dan review tripadvisor

3. Lunch at Tazawa Lakehouse (Kiritanpo Nabe) 

Kiritanpo juga meruapakan salah satu makanan yang cukup istimewa di Akita. Bagi muslim status halal makanan ini tidak perlu dikhuatiri kerana bahan-bahan makanan ini hanya terdiri daripada sayuran, makanan laut dan juga berasakan beras. Penggunaan sebarang minyak juga tidak diperlukan kerasa makanan laut untuk kiritanpo boleh dibakar. Walaaupun tidak melibatkan sebarang penggunaan daging dan minyak makanan ini memang sedap dan korang patut cuba jika datang ke Akita. 

Tazawa Lake juga merupakan destinasi waajib singgah di Semboku City, jadi dah alang-alang ke Tazawa Lke korang boleh singgah makan tengah hari dekat Tazawa Lake House. Mereka juga ada menyediakan menu untuk Vegetarian dalam bahasa English. Menurut pemilik restoran ini, tidak berkemungkinan satu hari nanti restoran ni akan memiliki status halal. 

4. Lunch at Alpa Komakusa

Jika aktiviti hiking di gunung Komagatake, korang boleh singgah sebentar di Alpa Kamakusa untuk makan dan mencari kelengkapan akhir untuk pendakiaan korang. Di sini bukan sahaja menjual alat kelengkapan hiking, ia juga merupakan sebuah stesen bas untuk ke Gunung Komagatake. Antara menu selamat buat muslim korang boleh pesan makanan soba, nasi dan juga Kiritanpo. 

Info Tambahan:

Selain dari restoran ini, korang juga boleh menikmati makanan mesra muslim di hotel. Yang penting boleh request kalau pihak hotel boleh menyediakan makanan mesra muslim sebelum korang check in. 

Di kedai-kedai seperti Lawson dan juga seangkatan dengan juga korang boleh beli banyak makanan yang boleh dimakan. Menu seperti Kiritanpo, Soba dan Tempura juga selamat untuk dimakan. Jadi selamt melancong. Ingat mencari yang halal itu wajib!!!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah