6 Restoran Halal & Muslim Friendly Di Bali, Indonesia
JALAN-JALANMay 17, 2019 - 12:44 PM
Kepulauan Bali, Indonesia memang terkenal sebagai satu-satunya wilayah yang mempunyai majoriti rakyat yang bukan muslim, 83.5 peratus dari penduduk Bali adalah penganut agama hindu Bali.
Oleh itu, tidak dinafikan untuk mencari restoran atau warung halal di Bali agak sukar.
Apa yang pasti, rangkaian restoran fast-food seperti McDonalds, KFC dan Pizza Hut adalah disahkan halal dan mendapat sijil halal dari Majelis Ulama Indonesia (MUI).
Selain rangkaian fast food, sebenarnya ada banyak restoran muslim-friendly di Bali. Makanan halal di Bali kebanyakkannya terdiri daripada seafood dan makanan warung biasa. Nak yang five-star pun ada sebenarnya.
Berikut adalah senarai restoran halal di Bali yang mempunyai sijil halal daripada MUI. Jadi, lepas ni kalau ke Bali, bolehlah cari salah satu daripada restoran muslim friendly dan halal ini ye…
#1. Raja’s Balinese Cuisine – Nusa Dua Beach Hotel
Raja’s Balinese Cuisine ni dia adalah restoran yang ada dalam Nusa Dua Beach Hotel & Spa. Kalau nak ke sini, naik grab, tuju ke hotel, nanti jumpa lah restorannya di dalam hotel tersebut.
Kalau nak tahu, ini adalah satu-satunya restoran 5 bintang yang mendapat status halal dan menyajikan makanan Bali. Paling famous dekat sini yang korang kena cuba adalah bebek bertutu. Itik yang diperap dengan 16 rempah Bali.
Waktu Operasi : Selasa – Ahad | 5.30 petang – 10.30 malam.
Lokasi : Nusa Dua Beach Hotel & Spa, Bali, Nusa Dua.
#2. Jimbaran Seafood Café, Jimbaran
Kawasan Jimbaran ni agak terkenal dengan seafood dan merupakan salah sebuah tempat ‘sunset’ cantik di Bali. Mula dibuka sebelah petang, lebih kurang pukul 3 ke atas dan ada lebih kurang 17 gerai atau café sepanjang pantai.
Kebanyakan kedai akan display makanan laut diorang dan semestinya masih segar.
Waktu Operasi : Setiap hari | 3.00 petang – 11 malam
Lokasi : Jalan Four Seasons, Muaya Beach, Jimbaran
#3. Bale Udang Mang Engking – Kuta / Ubud
Restoran Bale Udang Mang Engking ni ada dua cawangan, satu di Kuta dan satu lagi di Ubud. Kedua-duanya menghidangkan makanan berasaskan masyarakat Sunda. Contoh menu di sini adalah; Rawon Sapi, Iga Penyet, Nasi Goreng dan macam-macam lagilah.
Menariknya di sini ialah, konsep makan di atas teratak ‘terapung’ dan tak banyak restoran di Bali yang ada konsep macam ni.
Waktu Operasi : Setiap Hari | 11 pagi – 9 malam
Lokasi : Jalan Nakula 88, Sunset Road Kuta | Jalan Raya Goa Gajah, Banjar Teges Kanginan, Desa Peliatan, Ubud
#4. Pondok Tempo Doeloe, Kuta
Terletak di hujung Sunset Road di Kuta, Pondok Tempo Doeloe ini menyajikan makanan Sunda juga. Restoran mesra keluarda di Kuta ini menyajikan pelbagai jenis makanan termasuklah ikan segar dan makanan laut.
Korang kalau ke sini, kena cuba Ikan Bakar Tempo Doeloe, popular menu ni dekat sini.
Waktu Operasi : Setiap Hari | 10 pagi – 10 malam
Lokasi : Sunset Road, Kuta
#5. Ayam Bakar Wong Solo, Kuta
Nama Wong Solo rasanya nama yang tidak asing di Malaysia dan di Kuta, ada juga masakan yang disediakan ala ‘Solo’ iaitu di restoran yang terletak di Kuta ini. Paling selalu dimakan di sini adalah ‘paket’ atupun set. Pilihan sama ada itik, ayam atau ikan keli dan akan disajikan dengan nasi, tempeh dan lain-lain.
Waktu Operasi: Setiap Hari | 9 pagi - 11 malam
Lokasi: Jalan Raya Kuta No. 87, Kuta
#6. The Halal Boys Bali – Kerobokan
Diinspirasikan oleh the Halal Guys di New York, Halal Boys bermula di Jakarta dan amat terkenal dengan sajian ‘daging cincang’ dan nasi briyani. Ada pilihan daging, ayam ataupun kambing.
Terletak di Jalan Petitenget, Seminuyak, korang boleh dapatkan makanan berasaskan mediterranian dan arab ni the Halal Boys. Korang takkan terlepas, sebab kedai diorang sangat ‘striking’. Berwarna kuning dan diperbuat dari kontena.
Waktu operasi : Setiap Hari | 11 pagi – 11 malam
Lokasi : Jalan Petitenget 8M, Seminyak
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah