Berbuka Di ‘Kayangan’: View Macam KL Tower Tapi Percuma Je!

MAKAN
May 23, 2019 - 02:14 PM


Kini, semakin ramai terutama golongan anak muda yang menjadikan amalan berbuka puasa di bulan Ramadhan sebagai aktiviti pertemuan bersama rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa.

Hotel, restoran, pusat beli-belah dan dataran pula sering menjadi pilihan bagi lokasi berbuka secara beramai-ramai.

Namun, berbeza ceritanya dengan sekumpulan pendaki gunung yang memilih untuk berbuka puasa di atas Bukit Besi di Alam Damai, Cheras sambil menikmati pemandangan malam yang indah di sekitar ibu kota.

Bagi wartawan Sinar Harian, Hidayah Hairom bersama 4 lagi rakan pendaki wanita yang baharu dikenali pada bulan Februari lepas selepas sama-sama mendaki Gunung Yong Belar, pengalaman berbuka di atas Bukit Besi adalah sesuatu yang sangat bermakna dan lain daripada biasa.

Malah, konsep berbuka secara 'port-luck' juga menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka di atas bukit tersebut, memandangkan ada juga kumpulan pendaki lain di situ dan mereka makan bersama-sama di bawah satu bumbung kanvas meskipun baru sahaja berkenalan.

Itulah yang dinamakan sebagai semangat setiakawan kaki hiking! Hehehe...

Bukit Besi Alam Damai setinggi 291 meter ini sememangnya terkenal di kalangan pendaki yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti lasak ini.

Kalau korang pun nak merasai pengalaman berbeza berbuka puasa di atas bukit dengan view yang superb macam ni, korang Waze je OCBC Alam Damai.

Kredit: Malaysia Traveller

Betul-betul depan bank itu, korang akan nampak sebuah bangunan kondominium putih yang dinamakan Altitude 236 dan starting point untuk naik ke Bukit Besi, korang ikut je jalan bertar yang ada di sebelah kiri kondo berkenaan.

Kredit: Malaysia Traveller

Tapi, kan tak penat ke nak mendaki masa tengah puasa-puasa ni, ek?

Korang jangan risau sebab untuk sampai ke first view yang macam kumpulan ni hanya memerlukan pendakian selama 10 minit saja.

Tak sempat haus pun lah! Hahaha...

So, menarik kan idea berbuka atas bukit ni! Jom kita cuba!

Sumber: Hidayah Hairom

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah