Nikmati Makanan Western Sedap Dengan Harga Berpatutan Di Papa Joi

MAKAN
December 26, 2017 - 10:49 AM


Mula-mula agak susah nak cari restoran ini. Kalau ikut alamat, katanya di Shah Alam. Tapi sebenarnya ada di Sungai Buloh berdekatan dengan Aman Putri. 

Mengikut kata pemilik restoran, disebabkan kedudukan dia ditengah-tengah, antara Shah Alam dan Sungai Buloh alamatnya jadi macam tu. Tapi kalau ikut waze, memang senang jumpa. Jangan risau.

Kalau dari arah Shah Alam, gunakan lebuhraya Guthrie, exit Sungai Buloh dan belok kiri. Kedai ada di sebelah kanan jalan.

Kalau tengok menu yang ada, memang semuanya sedap-sedap belaka. Ada Chicken Chop, Spegheti, Steak dan ada juga masakan seperti Nasi Goreng, Maggie dan lain-lain.

Kami cuba Fried Chicken Chop. Tapi kami cadangkan korang cuba spring chicken. Ayam separuh, dan ada spegheti pulak. Harga hanya RM16.

Kalau nak ikutkan portion, memang kenyang. Boleh kongsi pulak tu.

Kalau siapa yang minat spegheti pulak, kat sini ada macam-macam jenis. Ada Neopolitane, ada Aglio Olio, ada Bolognaise.

Kedai ni dibuka setiap hari pada jam 5 petang hingga 12 malam.

Kalau nak cuba, bolehlah ke Papa Joi Restaurant, No 3-7-G, G U17/G, 40160, Jalan Aman Damai

Shah Alam, Malaysia 47000.

 

Maklumat lanjut boleh ke facebook diorang.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah