Burooj Cafe - Beef Brisket Juicy Di Shah Alam Yang Korang Wajib Cuba

MAKAN
February 22, 2021 - 05:11 PM


Siapa je yang tak terliur bila tengok daging juicy yang dihidangkan bersama sos yang enak kan? Jadi kalau korang meat lover, min nak recommend satu cafe yang menghidangkan hidangan daging brisket yang terbaik di area Shah Alam. Nama kedai ini adalah Burooj Cafe di mana korang boleh puaskan craving daging korang dengan brisket mereka!

Cafe ini terletak di Denai Alam, dan korang kalau boleh datang dengan perut kosong ya kerana daging yang disediakan di sini menggunakan Australian Beef yang terkenal dengan kelembutan daging dan sangat juicy untuk dimakan. Brisket di cafe ini diperap selama 24 jam dan barulah di smoke selama 16 jam sehingga flavor brisket tersebut perfect!

Korang boleh pilih smoked barbecue platters (boleh pilih untuk 2-10 pax) yang mempunyai lamb, chicken, beef pie, dan yang paling penting beef brisket. Tapi kalau rasa macam terlalu banyak dan tak larat makan, korang boleh try diorang punya beef brisket burger dan bbq lamb fries. Selain itu ada juga hidangan makanan tempatan seperti asam pedas, masak lemak cili padi, dan laksa johor.

Jadi kalau korang tengah craving nak makan juicy meat dan bbq, korang bolehlah singgah ke Burooj Cafe yang terletak di Denai Alam ni. Memang sedap habis dan confirm korang akan datang lagi untuk kali ke-2. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman rasmi Facebook mereka dan Instagram di bawah. Selamat menjamu selera!

Alamat: 24, Jalan Elektron U16/E Denai Alam 47000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah