Tempat Makan Durian dan Buah-Buahan Tempatan Terbaik di KL
MAKANSekarang ni durian dah tak kira musim dah. Hampir tiap-tiap bulan durian berbuah. Mungkin bila tiba betul-betul musim durian buah-buah ni akan lagi banyak kita lihat di tepi jalan.
bagi sesetengah orang bau durian pun memang tak boleh apatah lagi nak masuk mulut. Lain cerita dengan hantu durian. Bila boleh menghadap durian memang tak ingat benda lain dah.
Di KL ada beberapa tempat yang boleh korang makan durian dan kualiti memang terjamin.
Salah satunya adalah di Matic Jalan Ampang KL, di kawasan letak kereta depan Cocoa Boutique.
Yang aku suka kat sini diorang ada sediakan kerusi dan meja yang proper untuk pengunjung. Pilih jer durian yang berkenan di hati, bagi kat diorang untuk diorang kopekkan. Kita tunggu jer kat meja.
Cuma yang aku perhatikan malam tadi, lepas diorang kopek durian tu, isinya diorang akan letak dalam bekas plastik untuk dihidangkan kepada pengunjung.
Aku kurang minat cara ni. Sebab makan durian dalam bekas lain ni macam tak real sangat. Feel dia kureng.. Aku lebih suka kalau diorang tolong kopekkan dan bawak dengan kulit-kulit sekali ke meja untuk kita ambil isinya daripada paksanya. Itu yang lagi best! Kalau letak dalam bekas lain macam tu rasa macam beli durian tapau jer untuk makan kat rumah
Tapi jika korang nak makan secara semula jadi yang dihidangkan dengan kulit sekali korang boleh je request untuk dihidangkan sekali dengan kulit insteed of di dalam bekas plastic.
Diorang juga ada sediakan air kelapa untuk pelanggan yang inginkan minuman untuk basahkan tekak. Air kelapa ni sebenarnya adalah perfect match tatkala makan durian. Ia berfungsi menyejukkan badan yang kepanasan akibat makan durian.
Harga
Harga durian kat sini mengikut harga semasa. Korang pilih durian jenis apa yang korang nak. Diorang akan timbang dan bagitau harga.
Komen
Pada aku, tempat makan durian di Matic KL ni adalah terbaik. Sebabnya lokasinya senang diakses dan dicari. Boleh guna public transport untuk yang tak nak pergi dengan kereta sendiri.
RATING
- Kualiti 5/5
- Harga 4/5
- Lokasi 4/5
- Kebersihan 4/5
- Layanan 5/5
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah