3 Restoran Tacos Di KL & Selangor Untuk Korang Enjoy
MAKANDecember 23, 2020 - 04:05 PM
Pada minggu lepas, Rileklah ada melaporkan tentang restoran fast food terkenal di Amerika, Taco Bell, bakal membuka cawangan di Malaysia. Jadi kalau korang teringin nak rasa tacos tapi tak boleh nak tunggu Taco Bell, jangan risau. Di Malaysia ni sebenarnya banyak je kedai-kedai tacos yang halal tau. Harga mereka pula sangat murah dan berpatutan. Jom tengok kedai-kedai tersebut di bawah.
1. Rollo Mexican Food
Di restoran ni bukan setakat tacos je ada, burritps, quesadilla, nachos, dan banyak lagi menu mexican food yang korang boleh makan di sini. Untuk tacos pula, min recommend untuk korang cuba lamb atau beef tacos diorang, memang crunchy dan sedap gila. Rollo ada dua outlet iaitu di Taman Dagang dan Bukit Indah.
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 2 petang hingga 10 malam. Isnin tutup.
Alamat: A-01-G, Jalan Dagang Besar, Taman Dagang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
2. Burger & Taco
Terletak di Cyberjaya, Burger & Taco menggunakan Australian beef untuk berger mereka. Terdapat juga menu lain seperti grilled chicken burger dan tacos. Tacos mereka pula korang boleh pilih dari 4 pilihan dari soft double chicken taco dan crunchy double beef. Memang meleleh air liur.
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 12 tengah hari hingga 9 malam. Tutup Isnin
Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Laman Web | Facebook | Instagram
3. Hungry Bee Tacos
Terkenal dengan harga mereka yang sangat murah iaitu pada RM2.50 untuk sebiji tacos, restoran ini telah dibuka sejak tahun 2017 lagi . Orang selalu order meal box yang mempunyai 6 tacos di dalamnya pada harga RM15. Memang berbaloi. Hungry Bee Tacos mempunyai beberapa cawangan, sila rujuk di laman web rasmi mereka.
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 4.30 petang hingga 10 malam. Isnin Tutup.
Alamat: 88-82, Jalan Wangsa Melawati 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jom Puaskan Craving Tacos Korang Di Restoran-Restoran Ini!
Jadi itulah dia 3 restoran tacos yang sedap dan menarik untuk korang cuba. Untuk korang yang tak pernah makan Mexican food pun wajib pergi ke kedai-kedai ni. Memang tak akan menyesal dan korang pasti nak datang lagi. Apa pun jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan jangan lupa untuk memakai penutup muka okay? Selamat menjamu selera!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah