El Cantina Mexican Cuisine - Jom Rasai Keenakan Mexican Food Di Melawati!
MAKANMarch 16, 2021 - 12:04 PM
Seperti mana yang korang tahu, makanan Mexican di Malaysia ni sangat rare dan susah nak jumpa restoran yang specialized dekat Mexican Food sahaja. Malah restoran fast-food Taco Bell juga masih belum dibuka di Malaysia. Jangan risau, korang dah boleh pergi ke restoran baru di Melawati yang bernama Elcantina Mexican Cuisine.
Bila masuk je dalam ni korang memang akan dapat feel Mexican tu. Menurut owner, hiasan dalaman ini telah dilukis oleh artis tempatan dan beliau mengambil inspirasi dari rancangan Netflix kegemarannya, Narcos dan Money Heist. Memang sangat unik dan korang akan rasa seolah-olah berada di negara Mexico tau bila duduk dalam ni.
Antara makanan yang sedap di sini adalah Beef Tacos (El Sukarnes) di mana daging yang digunakan dimasak dengan jus kambing/lembu. Bila digabungkan dengan cheddar cheese dan topping lain, memang sedap guys! Selain tu, korang juga boleh cuba Quesadillas mereka dan pilih inti dari daging, udang atau ayam. Tidak dilupakan juga Deep Fried Shrim Burrito (Chimichanga) dan Beef Nachos mereka.
Untuk menu original mereka, korang boleh cuba Sinaloa/Cancun Burger, memang sedap dan mempunyai twist tersendiri. Jadi kalau korang inginkan makanan authentic Mexican, korang bolehlah singgah ke Elcantina ni. Diorang juga ada menyediakan perkhidmatan online delivery melalui GrabFood dan FoodPanda. Selamat menjamu selera!
Alamat: 14, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah