Susah Untuk Tidur? Anda Mungkin Mengalami Masalah Insomnia
GAYA HIDUPInsomnia ini apa sebenarnya? Adakah ianya sejenis makanan? Atau sejenis trend baru anak-anak muda zaman sekarang? Tidak ya. Insomnia ni tak ada kena mengena dengan semua tu. Insomnia ni juga bukan menu baru di starbuck.
Adakah di antara kita mengalami masalah kesukaran tidur? Mesti ramai yang pernah mengalami masalah susah tidur bukan? Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Apabila anda masuk ke pejabat dengan keadaan muka letih lesu jadi mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan.
Kesukaran tidur merupakan satu penyakit yang dipanggil insomnia dan terjadi kepada hampir semua golongan. Insomnia adalah masalah untuk tidur atau sentiasa terjaga sepanjang malam. Ia boleh berlaku secara berkala/jangka pendek (boleh mencecah 3 minggu) atau berpanjangan (kronik).
Punca kesukaran tidur mungkin disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata. Masalah sukar untuk tidur boleh diatasi dengan banyak cara. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Tidur Atau Insomnia
Kosongkan fikiran atau berkhayal dari Semua Perkara
Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring.
Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.
Beristirehat waktu malam
Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam
Elakkan minum air berkafein
Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur
Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang terlalu bising boleh menggangu tidur seseorang. Bagi anda sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.
Riadah waktu petang
Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.
Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
Mandi supaya badan segar
Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.
Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa
Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau, basah dan sebagainya. Ianya boleh menganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa.
Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Banyakkan berzikir dan berdoa juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah.
Sesungguhnya dalam mengingati Allah jiwa kita akan menjadi tenang. Selain berzikir, anda juga boleh membaca ayat Al-Quran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.
Tidur adalah satu keperluan penting dalam diri manusia. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda yang mengalami masalah tidur, InsyaAllah. Jika boleh, jangan mengambil ubat tidur kerana ia boleh membawa kemudaratan pada jangka masa yang panjang.
Apa yang dikongsikan di sini hanyalah beberapa cara mudah untuk anda mengatasi masalah tidur. Ianya boleh diamalkan supaya masalah tidur anda akan dapat diatasi.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah