Guna Teknik 10-3-2-1 Yang Dikongsi Doktor Ini Untuk Bantu Mudahkan Tidur

GAYA HIDUP
September 30, 2021 - 05:27 PM


Susah nak lelap malam-malam dan jarang dapat tidur cukup 8 jam? Boleh cuba teknik 10-3-2-1 ni

Tidur yang cukup adalah amat penting untuk semua orang, lebih-lebih lagi golongan yang berkerja kerana tidur yang cukup memberi kesan yang besar terhadap keadaan mental, dan fizikal seseorang. 

Sekiranya seseorang itu kurang tidur, badan akan terasa lusa dan letih, langsung mengganggu produktiviti harian. 

Seorang doktor di TikTok  Dr Karan Raj mencadangkan orang ramai supaya menggunakan teknik '10-3-2-1’ supaya dapat tidur dengan lebih cepat serta dan lebih lena.

Teknik tersebut adalah penanda waktu anda harus mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengganggu masa tidur dan kualiti tidur yang baik.

Berikut adalah teknik 10-3-2-1 menurut Dr Karan Raj:

10 jam sebelum tidur: Elakkan daripada mengambil kafein. Ini adalah masa yang diperlukan oleh badan anda untuk membersihkan kafein dari saluran darah dan menghilangkan kesan perangsangnya.

3 jam sebelum tidur: elakkan daripada memakan makanan berat. Ini membantu mengelakkan pedih ulu hati dan tidur terganggu. Elakkan juga daripada mengambil alkohol kerana ia dapat mengganggu tidur anda.

2 jam sebelum tidur: Jangan lakukan apa-apa kerja. Ini membantu anda untuk mendapatkan fikiran yang tenang.

1 jam sebelum tidur: Elakkan daripada menonton skrin. Ini kerana, cahaya biru yang dikeluarkan dapat menghalang pengeluaran melatonin yang menyebabkan masa tidur terganggu.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah