Tidur Lambat Punca Anda Kelihatan Tua

GAYA HIDUP
October 11, 2021 - 02:27 PM


Tentu ramai diantara kita yang menjadikan rutin harian bermain telefon sebelum tidur. Perkara ini sudah menjadi perkara biasa tidak kira usia dan jantina kerana ianya dapat membantu kita lebih cepat untuk tidur atau sebaliknya ia menjadi punca kita tidur lambat.

Setiap manusia mempunyai purata waktu tidur yang berbeza, kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih dari orang dewasa kerana ini membantu proses pembesaran mereka dengan lebih cepat. Namun bagi orang dewasa, sebaiknya mereka mendapat tidur sekitar 7 hingga 9 jam setiap hari bagi merehatkan badan setelah penat melalukakan aktiviti harian.

Betul ke tidur lambat akan cepat nampak tua ?

Tahukah anda, seorang pakar kulit dan kulit kepala, Geoff Wright berkata bahawa pada pukul 8 malam hingga 11 malam, sistem kulit dan kulit kepala akan melembap secara semula jadi kerana badan kita mempunyai sistem yang dipanggil ‘jam badan’.

Pada pukul 11 malam hingga 3 pagi pula, kulit anda akan melalui proses penjanaan dan penutrisian. Proses penjanaan sel-sel lama ke sel baru akan berlaku pada waktu korang sedang tidur. Maka, aktiviti tidur lambat ini amatlah tidak sihat kerana ianya akan menyebabkan korang kelihatan penat dan tidak bermaya pada keesokan harinya.

Tips untuk cepat tidur

Dr. Kulreet Chaudhary menyatakan yang hormon melatonin yang memainkan peranan penting kerana ianya yang membantu anda tidur nyenyak. Hormon tersebut dihasilkan oleh badan anda sendiri jadi semakin banyak hormon melatonin anda, semakin senang untuk anda tidur. Bermain telefon pintar atau laptop hanya akan menganggu penghasilan melatonin dalam badan dan ini akan menyukarkan lagi untuk anda tidur. Sebaiknya anda tinggalkan gajet-gajet tersebut sebelum tidur dan hanya merehatkan diri anda.

Selain itu, anda juga tidak digalakkan memakan juadah berat sebelum tidur kerana ianya hanya membuatkan badan anda sibuk dengan process pencernaan makanan. Ini adalah tips yang tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana anda tentu tidak mahu kelihatan kusam atau tua, maka sayangilah diri anda dengan mendapatkan tidur yang selesa dan cukup.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah