Bas Hong Kong Ini Khas Untuk Anda Yang Senang Terlelap Ketika Naik Kenderaan

GAYA HIDUP
November 03, 2021 - 11:10 AM


Kalau anda sering menaiki pengangkutan awam seperti LRT, KTM atau bas, mesti selalu juga anda nampak penumpang lain tertidur dalam tu terutamanya ketika waktu puncak. Mana taknya, mereka kena bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja, jadi memang penat.

Di Hong Kong pula, sebuah perkhidmatan bas khas telah dilancarkan untuk mereka yang sering tertidur ketika menaiki kenderaan awam ini.
 
Menurut Huffpost, perjalanan bas yang memakan masa selama lima jam itu telah diinspirasikan oleh pengguna public transport di negara itu yang sering tertidur dalam perjalanan.

Bas itu juga difahamkan akan bergerak sejauh 76 kilometer di sekitar Hong Kong. Pengurus pemasaran syarikat pelancongan bas itu yang dikenali sebagai Kenneth Kong berkata beliau mendapat idea setelah melihat satu status di media sosial rakannya yang mengatakan dia tak dapat tidur pada waktu malam kerana stres bekerja.

Rakannya itu walau bagaimanapun mengatakan dia dapat tidur dengan nyenyak setiap kali menaiki bas.

Nampaknya perjalanan bas tidur ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sebab baru je dilancarkan namun tiket dah habis terjual pada hujung minggu lalu.

Ada penumpang yang menghadapi masalah insomnia pula mengatakan dia sengaja sertai perjalanan bas tersebut untuk senang terlelap.

Sumber: Lobakmerah

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah