Senarai Aplikasi Google Yang Boleh Jimatkan Bateri Telefon Anda

GAYA HIDUP
November 28, 2018 - 01:17 PM


Hari ini, boleh dikatakan semua yang mempunyai telefon pintar atau smartphone ni perlu mempunyai power bank. Powerbank adalah satu keperluan dah jadinya. Bukan sebab bateri telefon tak tahan, cuma aplikasi-aplikasi yang ada dalam telefon tu banyak memakan bateri.

Kenapa kami cakap begitu, cuba offkan data dan wifi, bateri telefon akan tahan lebih lama sama seperti apa yang diorang iklankan. Tapi, kalau dah off data, apalah guna ada smartphone kan?

Kalau korang nak tahum ada beberapa aplikasi yang korang boleh muat turun untuk menjimatkan penggunaan bateri. Tapi, formulanya mudah. Kalau ada night mode, atau dark mode, ia boleh menjimatkan bateri.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan ia cuma berfungsi untuk paparan OLED sahaja, bukan skrin LCD.

Menurut Google, mereka turut bersetuju dengan teori mod gelap boleh menjimatkan bateri telefon ini. Mereka malah berkongsi hasil kajian mereka menggunakan Google Pixel 2016 yang menggunakan display jenis AMOLED.

Menurut kajian mereka, boleh kita simpulkan yang warna hitam walaupun digunakan dengan kecerahan maksimun hanya menggunakan kuasa bateri yang minimum, dibawah paras 100mA sahaja.

Oleh itu, Google mula menambah fungsi dark/night mode kepada kebanyakan aplikasi mereka, ini secara tak langsung dapat membantu untuk memanjangkan hayat bateri telefon pintar Android anda. Maaf ye pengguna iPhone.

Antara aplikasi yang boleh menjimatkan bateri adalah :

#1. Google Contacts

Untuk kemaskini terbaru Google Contact 3.2, ia dah dilengkapi dengan dark mode. Hanya tekan menu tiga garis bahagian kiri atas tu, pilih untuk turn dark theme on. Ia akan membuatkan latar bekalang jadi warna hitam, tulisan bewarna putih.

 

#2. YouTube

Kalau korang perasan, YouTube adalah antara aplikasi yang paling awal hadir dengan fungsi Dark Mode ni. Sebelum ini hanya untuk laman web dan ios, kini dah ada sokongan untuk Android. Walaupun ia masih memaparkan thumbnail dan sedikit sahaja latar yang menjadi hitam, tetap ada penjimatan bateri disitu ye.

Untuk mengaktifkan mode ini, pergi ke Profile Icon > Dark theme.

 

#3. Android Message

Untuk aplikasi ini, lebih banyak latar hitam akan memenuhi ruangan apabila dark mode diaktifkan. Ialah, majoriti aplikasi ni hanya teks. Jadi lebih banyak penjimatan bateri disitu. Untuk aktifkan, pilih tiga titik di ruang atas kiri dan klik Enable Dark Mode

 

#4. Google News

Untuk mereka yang sering membaca berita dari aplikasi Google News, ia juga memiliki Dark Mode. Gambungan gambar dan teks membuatkan ruang gelap menjadi agak besar dan Dark Mode pada Google News boleh diaktifkan dengan cara pergi ke Profile Icon > Setting > Dark Theme > Always.

 

#5. Google Maps

Untuk aplikasi maps ni, pada awalnya ia agak pelik kerana peta akan kelihatan gelap, seolah-olah rasa macam memandu pada waktu malam. Sebenarnya ia bukanlah Dark Mode, cuma ia akan memadankan pemanduan waktu siang dengan latar putih, dan pemanduan malam kepada latar gelap.

Tapi, tetapan ini boleh diubah. Pergi ke menu, pilih setting > navigation setting > map display > colour scheme dan pilih night.

 

#6. Snapseed

Ramai yang tah tahu yang aplikasi mengedit gambar Snapseed ini adalahlah aplikasi dari Google. Atau mungkin ramai yang tahu jugak, jadi, Snapseed juga ada didatangkan dengan Dark Mode.

Untuk menggunakan dark mode ini, pergi ke menu (tiga titik di bahagian atas kanan dan aktifkan dark theme.

Inilah 6 apliaksi yang boleh memanjangkan jangka hayat bateri telefon korang, kalau ada aplikasini cepatlah guna dark/night mode. Sharelah pengalaman korang nanti ye... 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah