Google Maps Keluarkan Update Split-Screen Untuk Street View Dan Maps
GAYA HIDUPFebruary 03, 2021 - 09:05 AM
Korang pernah tak gunakan aplikasi GPS dan seringkali terlepas simpang kerana arahan yang diberikan tidak berapa jelas? Kalau pernah, lepas ni korang tak perlu risau lagi, kerana korang boleh lihat maps dan street view di Google Maps dalam masa yang sama dengan menggunakan ciri Split Screen. Akan tetapi ciri ini hanya ada di peranti Android sahaja buat masa sekarang.
Korang boleh aktifkan ciri split-screen ini dengan langkah di bawah:
- Buka Google Maps di peranti Android korang dan search destinasi yang ditujui
- Tekan pada View Mode menu (butang bulat) dan pilih Street View
- Tekan pada mana-mana sahaja di bahagian peta untuk zoom in ke Street View dan ianya akan dibuka di bahagian atas skrin kecil di atas
- Boleh juga tekan pada anak panah kecil di window Street View untuk ubah antara splint-screen dan full view
Jadi bila Street View ni diaktifkan, korang boleh lihat titik biru pada maps. Korang boleh tekan titik biru tersebut untuk tengok gambar perjalanan yang korang bakal lalui sekaligus memastikan korang tak akan terselah masuk atau keluar simpang. Tapi alang-alang dah boleh guna Split-Screen, buat apa nak tengok gambar satu tu je kan.
Ciri terbaru dari Google Maps ini boleh didapati di versi terbaharu di Google Play Store. Setelah korang muat turun update yang paling latest, korang boleh try ciri ini. Dan kepada pengguna Apple jangan risau, mungkin update ini akan tiba juga di AppStore pada masa akan datang. Biasanya Google Maps memang akan support Android terlebih dahulu.
Sumber: Life Hacker
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah