8 Tips Industri Pelancongan Yang Sengaja Dirahsiakan

VIRAL
March 15, 2019 - 01:42 PM


Travel ke luar negara ni sebenarnya bagi peluang untuk kita belajar adat, budaya dan macam-macam lagi tentang sesebuah tempat atau negara yang kita lawati tersebut. Selain boleh meneroka pelbagai tempat, melancong ke tempat orang sedikit sebanyak akan memberikan kita satu pengalaman yang tak akan boleh diperolehi di tempat lain.

Tapi, ada juga masa-masanya yang travel dan melancong ni jadi tak best. Terutamanya bila berlaku apa-apa yang tak diingini. Dah la jauh, taka da kenalan terdekat, kita akan jadi buntu sekejap. Tapi, kalau perkara macam ni terjadi, ingat satu, jangan cepat panik.

Hadapi dengan tenang, mudah-mudahan ianya dapat diselesaikan.

Lagi satu, sila ketahui dan ambil tahu tentang beberapa perkara yang sengaja dirahsiakan daripada kita. Mungkin ada sesetengah dah tahu trick ini, tapi untuk anda yang tak tahu, ini adalah antara rahsia industri pelancongan yang sengaja dirahsiakan.

#1. Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Pesawat

Ini adalah perkara yang kalau orang melayu cakap ‘simpang malaikat 44’. Kita memang mintak jauh lah daripada tragedi pesawat terhempas ni kan.

Menurut Civil Aviaton Authority, tempat duduk paling selamat adalah yang belakang sekali. Laporan mengatakan penumpang yang berada di kerusi terakhir mempunyai peluang lebih tinggi jika berlaku sesuatu yang buruk.

 

#2. Pertukaran Wang

Jangan tukar di Airport kecuali betul-betul terdesak. Memang di lapangan terbang mana-mana akan ada agen atau kaunter untuk menukar wang, tetapi percayalah, kadar yang dikenakan agak mahal.

Kalau boleh, cari yang murah. Kalau rajin lah. Atau, tukar sesiap dari Malaysia, tapi bukan di Airport. Tips lain yang selalu dapat adalah tukar ke USD dahulu. Bawak USD ke negara kita nak pegi, dan tukar disana. Akan dapat extra. Sebab USD dipandang tinggi nilainya. Lagi-lagi kalau ke negara-negara Asia.

Baca : 10 Lokasi Money Changer Termurah Di Kuala Lumpur dan Selangor

#3. Tempahan Secara Online

Untuk tempahan secara online ni, sebenarnya ada baik dan buruknya. Yang baiknya, bila disana korang dah tak perlu lakukan sebarang pembayaran, semuanya dah dibayar. Yang tak baiknya, kalau kena scam, keadaan cuaca tak mengizinkan, atau overbooking.

Macam contoh, ini terjadi pada editor kami yang ke Cambodia tempoh hari. Di Agoda, hotel tersebut wujud, banyak review positif dan sebagainya. Tapi, bila tiba di sana… Hotel berkenaan sebenarnya dah tak wujud, dan mereka lupa turunkan iklan di Agoda. Mujur kita berhubung dengan Agoda, jadi Agoda boleh refund dan sebagainya.

Tips dia dekat sini, buat pembelian dengan laman web yang kredebilitinya dipercayai macam contoh Hotels.com, Agoda, TripAdvisor dan lain-lain.

 

#4. Standby Hand Sanitizer

Bakul yang digunakan untuk letakkan barang di kaunter pemeriksaan keselamatan itu digunakan oleh beribu malah boleh cecah berjuta orang sehari. Jadi, korang boleh bayangkan tak betapa banyak bakteria yang terkumpul disitu?

Sebaiknya, cuci tangan selepas ambil semua barangan anda dari bakul tersebut. Atau nak mudah, bawak je hand sanitizer bersaiz poket tu.

 

#5. Check-in beg

Sekiranya korang adalah orang yang terakhir mendaftarkan beg, ada kemungkinan besar yang ia akan keluar paling awal di destinasi.

Antara tips lain yang diberikan oleh traveller, tampalkan pelekat fragile di beg supaya ia tidak dipijak, dibaling dan sebagainya.

 

#6. Dapatkan Tiket Murah

Ramai dan banyak penganalisis dan web berasaskan pelancongan memberikan feedback yang sama iaitu hari Selasa. Kebanyakan syarikat penerbangan menawarkan tiket lebih murah pada hari Selasa.

BACA : Tips Nak Beli Tiket Kapal Terbang Untuk Dapatkan Harga Murah...

#7. Sosial Media

Tak dapat dinafikan, kehadiran sosial media banyak mengubah cara dan gaya seseorang itu travel. Banyak carian mengenai destinasi, lokasi makanan, perbandingan harga boleh dilakukan di sosial media.

 

#8. Agen Pelancongan

Agen pelancongan ada kalanya mampu memberikan bundle atau tawaran yang terbaik, tapi agen tersebut perlulah disemak dahulu kesahihannya. Jangan kita dah bayar penuh, tiba di hari kejadian, agen lari dengan duit.

Tips lain adalah, cari agen atau dapatkan agen di destinasi yang kira nak pegi. Bukan nak menutup periuk nasi agen di Malaysia tapi, bila kita ambil atau dapatkan perkhidmatan orang tempatan, mesti ada manfaat macam contoh mereka lebih arif keadaan atau lokasi sesuatu tempat.

Nota Editor : Kalau nak tukar duit, tukar ke USD dulu, memang negara luar akan nak USD, kalau RM ada kemungkinan tak diterima dan susah. Kalau ke negara yang matawang dia kecik, sediakan duit tukar sesiap, kalau tak, diorang pau USD. haha. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah