Johor Offer 15,000 Baucar Pakej Pelancongan. Boleh Tebus Dari 5 Hingga 30 Nov Ini
VIRALNovember 03, 2021 - 03:10 PM
Ini ada satu berita gembira kepada korang yang dah lama teringin nak jalan-jalan atau melancong ke Johor!
Bermula Jumaat ini, 5 November hingga 30 November -- korang boleh menebus baucar bernilai RM100 menerusi aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) yang boleh digunakan untuk lebih 200 pakej pelancongan di sekitar Johor.
Setiap pakej yang ditawarkan ke destinasi pelancongan menarik di Johor itu sah digunakan sehingga penghujung tahun ini dan ada juga yang berakhir pada awal tahun depan.
Pemberian 15,000 baucar Pakej Pelancongan Johor berjumlah RM1.5 juta itu dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan semula sektor pelancongan di negeri berkenaan.
Sekiranya inisiatif tersebut mendapat sambutan menggalakkan, ia akan diteruskan pada tahun depan dalam usaha menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan rakyat Malaysia.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah