Kolam Renang Paling Dalam Akan Dibuka Di Poland

VIRAL
April 09, 2019 - 11:31 AM


Kolam renang paling dalam akan dibuka di Poladn hujung tahun ini dan ia bukan sekadar kolam renang sahaja kerana difahamkan di kolam renang ini akan ada ‘gua’ dalam air dan ia akan menjadi salah satu lokasi latihan untuk penyelam skuba.

Setelah siap nanti, kolam ini akan mempunyai kedalaman 148 kaki dan mempunyai 27 kali ganda jumlah air daripada kolam renang biasa. Untuk penyelam skuba, akan ada terowong dan gua untuk di terokai sementara yang tidak mahu berenang boleh melihat keseluruhan kolam melalui terowong yang disediakan.

Kolam renang ini ketika ini masih dalam pembinaan di Mszczonov, kira-kira 30 batu dari Warsaw. Dikenali sebagai Deepspot, setelah siap nanti, kompleks ini juga akan mempunyai bilik mesyuarat, dan bilik hotel yang menjanjikan ‘pemandangan’ dalam kolam tersebut.

Setelah siap nanti, Deepspot akan mengambil kedudukan kolam renang paling dalam yang sekarang ini dipegang oleh Y-40 Deep Joy di Itali yang merupakan tarikan utama di Hotel Millepini.

All Photo Credit : Website | CNN Travel

Jumlah Pendaki Gunung Kinabalu Dinaikkan 165 Orang Setiap Hari

Komodo Island Indonesia Ditutup Kepada Pelancong Bermula Januari

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah