Eurostar Tamatkan Perjanjian, Tiada Penjualan Tiket Terus Dari London Ke German, Austria, Switzerland!

VIRAL
May 08, 2019 - 11:46 AM


Eurostar merupakan perkhidmatan keretapi laju yang menghubungkan kota London dengan bandar-bandar seperti Amsterdam, Brussels dan banyak lagi destinasi.

Sebelum ini, ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan Eurostar dari London untuk ke Germany, Austria dan lain-lain. Namun syarikat berkenaan dikhabarkan bakal menamatkan kesefahaman mereka dengan Deutsche Bahn (DB) yang membolehkan mereka menjual tiket laluan antara London dan beberapa lokasi penting seperti Basel dan Salzburg.

Peta Perjalanan Eurostar Dari London

Secara tidak langsung, tiada lagi tiket ‘direct’ bakal dijual dari UK ke mana-mana destinasi bermula 9 November nanti. Menurut satu kenyataan ringkas di media sosial, Deutsche Bahn menyatakan perubahan kepada sistem mereka bermula 9 November menyebabkan tiada tiket terus akan dijual.

“Kami akan berbincang dengan Eurostar untuk mencapai jalan penyelesaian”, tambah DB dalam kenyataan mereka.

Buat masa ini, solusi yang ada adalah penumpang terpaksa membeli dua tiket. Satu daripada Eurostar dan satu daripada DB. Tapi, ini hanya solusi awal jika kata sepakat tidak dapat diputuskan menjelang November.

Harapnya mereka dapat menemui jalan penyelesaian, sebabnya agak merugikan kalau perkhidmatan ini terhenti kerana ramai jugak memilih untuk menaiki keretapi dari UK untuk ke bandar-bandar di German dan lain-lain ni.

Sumber : railwaygazette

Baca Juga : 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah