10 Lokasi Pemandangan Sunset Terbaik Di Yogyakarta
JALAN-JALANPemandangan waktu senja ataupun waktu matahari terbenam merupakan salah satu ‘tarikan’ semulajadi yang selalu diburu oleh para traveller, lebih-lebih lagi kalau diorang berada di tempat yang sangat istimewa atau cantik. Misalnya di Bali, Phuket, waima di Langkawi pun pemandangan matahari terbenam dia sangat istimewa.
Disebabkan Yogjakarta merupakan salah satu destinasi pilihan orang kita kalau ke Indonesia, kami senaraikan 10 lokasi sunset terbaik disana. Memang Yogyakarta ni sangat banyak lokasi.
#1. Kalibiru
Kalibiru sememangnya cukup terkenal dan popular dalam kalangan pelancong dan juga sentiasa menjadi lokasi dan destinasi wajib singgah jika ke Yogyakarta.
Spesialnya di Kalibiru, terdapat banyak binaan-binaan platform yang tergantung di pokok pine mereka dan sekiranya lokasi korang pilih tu tepat, dapatlah menikmati pemandangan tanpa gangguan Gunung Menoreh.
#2. Pantai Glagah
Baru-baru ini, Pantai Glagah ini ada kami senaraikan dalam senarai pantai yang tidak diketahui ramai di Yogyakarta.
Rupanya, salah satu lokasi untuk menikmati sunset adalah disini. Deruan ombak yang melanggar binaan pembelah ombak akan memecah kesunyian ketika langit bertukar dari biru ke jingga.
#3. Pantai Pok Tunggal
Pok Tunggal merupakan salah sebuah pantai yang menjadi tarikan di Yogyakarta. Selain menyajikan kecantikan pantainya, panorama waktu matahari terbenam disini juga lain macam auranya.
Nak lagi best, cubalah berkhemah disini. Cuma minta berhati-hati sahajalah.
#4. Bukit Parang Endog
Disebabkan laut yang luas terbentang, serta gangguan yang minima, pemandangan matahari terbenam dari Bukit Parang Endog ini merupakan salah satu yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bentang tikar, nikmatilah pemandangan matahari terbenam sepuas-puasnya. Orang kata, disebabkan lautnya yang luas dan ombak kurang besar, cahaya pantulan matahari boleh dilihat dengan perfect. Persis dalam gambar-gambar sunset cantik yang ada di internet.
#5. Ngalanggeran Pond
Terletak di kawasan perkampungan dan diatas bukit, Ngalanggeran Piond ini merupakan sebuah kolam kecil yang terdapat di kaki gunung Nglanggeran.
Kena masanya, korang dapat menikmati pemandangan yang indah seindah-indahnya dengan bayang-bayang gunung sekitar berlatarbelakangkan langit yang berubah warna dari biru ke jingga dan akhirnya gelap.
#6. King Boko Palace
Lawatan ke istana Ratu Boko boleh dikatakan tak lengkap jika tak tunggu sunset. Selain boleh menikmati keindahan istana yang dibina pada kurun ke-18 ini, bayangkan dapat menyaksikan pantulan cahaya matahari terbenam daripada kolam yang dulunya menjadi tempat mandian puteri-puteri.
Kalau boleh kembali ke zaman silam, agaknya cantik macam manalah istana King Boko ni ye…
#7. Ijo Temple
Di Yogyakarta, sememangnya banyak terdapat candi dan semuanya mempunyai sejarah dan ceritanya tersendiri. Candi Ijo ini dikatakan dibina pada kurun ke-9 dan terletak 410 meter dari paras laut.
Disebabkan ketinggian ini, kita bukan sahaja boleh menikmati keindahan alam sekeliling seperti tumbuhan semulajadi dan tanaman sekitarnya tetapi juga pemandangan matahari terbenam yang sangat meruntum jiwa.
Candi Ijo di dikatakan candi tertinggi berbanding candi-candi lain di Yogyakarta.
#8. Pantai Jogan
Bayangkan latar belakang langit yang keungu-an ketika sunset, ditambah pula dengan kecantikan lautan Hindi. Sememangnya pengalaman menyaksikan matahari terbenam di Pantai Jogan ini tidak dapat nak bandingkan dengan tempat lain.
Menariknya, terdapat sebuah air terjun yang terus ke laut. Jadi, selain deruan ombak, angin pantai, korang juga dapat dengar deruan air terjun sambil layan sunset. Ah, nikmatnya!
Oh, air terjun ni agak kurang pada musim kering. Nak datang, pilih antara Disember hingga Januari – musim hujan kat Yogyakarta katanya.
#9. Candi Prambanan
Di Prambanan ni, dia tak menjanjikan pemandangan pantai atau laut, cuma apabila matahari terbenam, kedudukannya seakan-akan berada betul-betul dibelakang candi tersebut.
Memang terserlah bayang-bayang candi. Nak gambar macam dalam poskad, masa ini lah terbaik.
Oh, Candi Prambanan tutup jam 5 petang, tapi pemandangan sunset tu korang boleh tengok dari luar kawasan candi. Bawak tikar, lepak ajelah dekat padang sebelah tu.
#10. Pantai Parangtritis
Pantai Parangtritis merupakan lokasi yang agak romantik untuk anda sekiranya kesana dengan yang tersayang.
Terletak kira-kira 27 kilometer dari pusat bandar Yogyakarta, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan di sini. Boleh kata meriah jugaklah.
Untuk masuk ke sini, dikenakan bayaran IDR10,000 kalau musim cuti dan waktu terbaik adalah sampai sini sebelum jam 5 petang. Ambil port cantik, kalau tak nanti gambar penuh orang je.
Sumber : Yogyes
PILIHAN EDITOR
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah