'ALAMI MADAI': Rasai Pengalaman Menuai Sarang Burung

JALAN-JALAN
August 02, 2019 - 05:22 PM


Gua Madai adalah antara destinasi pelancongan menarik di Sabah yang jarang diketahui oleh pelancong.

Gua batu kapur ini terletak di dalam kawasan Madai Baturong Forest Reserve seluas 3,456.5 hektar di daerah Kunak.

Uniknya Gua Madai ini sangat terkenal dengan aktiviti menuai sarang burung oleh penduduk tempatan, yang dilakukan 3 kali setahun dengan sekali tuaian menghasilkan sehingga 3 atau 4 tan metrik dan boleh mencecah hasil jutaan ringgit.

Melihat begitu banyak potensi pelancongan yang boleh dibangunkan di kawasan Gua Madai tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedia bekerjasama dengan pemilik atau pewaris sarang burung bagi mendirikan kemudahan inap desa atau chalet dalam kawasan Gua Madai.

Ia bagi memberi peluang kepada para pelancong merasai sendiri pengalaman menuai sarang burung yang jarang didapati di tempat lain menerusi “EXPERIENCE MADAI“ atau “ALAMI MADAI”!

Jika Gua Madai menjadi tarikan popular pelancong, penduduk berhampiran boleh berperanan sebagai pemandu pelancong mereka, selain membuka laluan untuk jungle trekking, restoran yang menyajikan masakan kaum Idahan, pusat kraftangan dan mewujudkan Cultural Research Centre untuk usaha pemeliharaan hutan.

Bagaimanapun, cadangan pembangunan pelancongan berkenaan hanya berjaya direalisasikan sekiranya mendapat keputusan positif daripada pewaris atau pemilik sarang burung Gua Madai menerusi beberapa sesi perbincangan bersama MOTAC.

Jadi, sama-sama kita nantikan keputusannya!

Sumber: Bernama

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah