Jurassic Land @ Kiulu - Taman Tema Dinasour Pertama Bakal Dibuka Di Sabah

JALAN-JALAN
September 13, 2021 - 06:57 PM


Selepas kes penularan Covid-19 semakin pulih di Sabah dan kita pun akan dibenarkan kembali terbang melancong ke sana -- korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati satu lagi produk pelancongan terbaharu di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Ini kerana Sabah bakal memiliki taman tema haiwan pra-sejarah atau dinasour yang dikenali sebagai "Jurassic Land @ Kiulu"!

Taman tema dinasour itu terletak berhampiran kawasan tumpuan sukan ekstrem 'water rafting' di daerah Tuaran.

Jurassic Land @ Kiulu berkenaan boleh dikunjungi hanya dalam tempoh satu jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Visiont Ventura Sdn Bhd, Sam Chan -- taman tema tersebut wujud hasil perkongsian idea bersama dua lagi rakannya tiga tahun lalu sebelum pembinaan bermula pada tahun 2019.

Fokus utamanya adalah bagi memperlihatkan kelainan produk pelancongan di negeri, selain memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan berkunjung ke taman tema seperti Universal Studios atau Disneyland.

"Ketika pandemik COVID-19, susah untuk orang ramai melancong ke luar negara. Jadi saya bersama dua lagi rakan mendapat idea untuk merancakkan pelancongan domestik dengan taman tema seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, taman tema tersebut hanya boleh dilawati apabila pengumuman mengenai kebenaran beroperasi bagi semua taman tema dibuat kerajaan.

Didirikan di atas tanah seluas 3 ekar -- Jurassic Land @ Kiulu menghimpunkan lebih daripada 15 replika dinosaur dengan setiap satu bahagian disediakan papan tanda maklumat untuk bacaan umum.

Sam berkata kerana minat dengan aktiviti taman tema, beliau dan dua lagi rakannya kini sedang merancang untuk membina sebuah lagi taman tema dan selepas ini ia mungkin didirikan berhampiran kawasan Sungai Kiulu.

"Kita merancang untuk membuka sebuah lagi taman tema di sekitar Kiulu dan yang ini lebih kepada aktiviti 'water rafting' dan 'rainforest walk'," katanya.

Jelasnya taman tema sedia ada dan yang bakal dibina tidak hanya bertindak sebagai bahan tarikan pelancongan malah mampu memberi peluang perkerjaan khusus bagi yang tinggal di Kiulu dan Tamparuli.

Sumber: Astro Awani

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah