Taufan Lekima ‘Singgah’ Langkawi
VIRALBeberapa lokasi di sekitar Langkawi dilanda tempias Taufan Lekima kira-kira 7.45 malam tadi. Hujan lebat dan ribut berlaku di beberapa lokasi sekitar Langkawi.
Menurut video yang tular di media sosial, orang ramai didapati berlari mencari tempat perlindungan mencari perlindungan setelah angin kuat turut menerbangkan khemah dan bumbung di Pasar Malam Ayer Hangat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten (PA) Kapten Ahmad Shahfikri Darus berkata, kesan akibat angin kuat itu memberi kesan kepada hampir seluruh Langkawi.
Beberapa rumah penduduk serta jalan – jalan utama terjejas akibat pokok tumbang.
Setakat ini, pemantauan kami di Pantai Tengah, pihak Bomba dan Penyelamat sedang berusaha untuk mengalihkan pokok yang melintang ditengah jalan.
Pergerakan trafik di Langkawi ketika ini ada yang terhalang disebabkan pokok yang tumbang.
[Update Semasa] Jam 12.05 pagi, hujan rintik diluar, masih banyak pokok ditepi jalan dan ada beberapa kabel elektrik yang melintang di tengah jalan.
Update 1 pagi :
Pokok yang jatuh melintang di jalan utama di Pantai Tengah sudah dibersihkan dan dialihkan, nakun laluan masih ditutup kerana kabel elektrik masih melintang di tengah jalan.
ini kami di Langkawi mendapat berita yang berkemungkinan ribut akan melanda sekali lagi pada jam 4 pagi nanti.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah