Teluk Ha Long Dinamakan Antara Destinasi Paling Popular Di Asia!

VIRAL
September 24, 2019 - 11:28 AM


Teluk Ha Long yang terletak di wilayah utara Quang Ninh, Vietnam dipilih sebagai antara destinasi pelancongan paling popular di Asia!

Memetik akhbar South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong itu, teluk yang juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut berada di kedudukan kelima dalam 10 destinasi paling popular di Asia.

Tahun lepas sahaja, sekitar 5.2 juta warga asing melawat lokasi pelancongan itu, iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tahun lalu. Sekaligus, menyumbang 30 peratus daripada 15.6 juta ketibaan pelancong asing ke Vietnam.


Peningkatan kedatangan pelancong asing ke Teluk Ha Long adalah disebabkan penambahbaikan infrastruktur utama yang memudahkan pengunjung melawat teluk yang terkenal di dunia itu.

Berikut senarai penuh 10 Destinasi Pelancongan Paling Popular Di Asia :-

1) Tembok Besar China

2) Gunung Fuji, Jepun

3) Forbidden City, China

4) Taj Mahal, India

5) Teluk Ha Long, Vietnam

6) Gunung Everest, Nepal

7) Angkor Wat, Kemboja

8) Pulau Komodo, Indonesia

9) Istana Besar Bangkok, Thailand

10) Menara Oriental Pearl Shanghai, China

 

Sumber: Malay Mail

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah