Pasar Vietnam Pertama Bakal Dibuka Di KL Menjelang Mac 2020

VIRAL
November 18, 2019 - 01:07 PM


Ramai pelancong dari Malaysia yang suka bercuti ke Vietnam untuk menikmati keindahan panorama semulajadinya serta aneka makanan yang lazat seperti Pho (mee sup Vietnam), Vietnam spring rolls dan kopinya.

Tetapi ada juga yang gemar dan sanggup terbang jauh ke Vietnam semata-mata untuk membeli-belah di pasar-pasarnya yang menjual pelbagai barangan murah serta berkualiti tinggi.

Namun menjelang tahun depan, korang dah tak perlu lagi travel hingga ke Vietnam untuk shopping kerana di Malaysia juga bakal diwujudkan sebuah 'Pasar Vietnam' yang pertama pada bulan Mac 2020!

Pasar Vietnam yang akan beroperasi di Bangunan Safuan Plaza, Kuala Lumpur itu bakal menjadi pusat perdagangan terbesar yang mempunyai 200 ruang kedai untuk para pengunjung tempatan dan luar negara.

Ia bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan yang mengeksport produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, peralatan mekanikal, mesin, kosmetik, teknologi proprietari dan industri perkhidmatan Vietnam.

Selain itu, pasar tersebut juga akan menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia dan menjadi jambatan untuk meningkatkan eksport barangan Vietnam ke Singapura, Thailand serta pasaran lain di ASEAN.

P/S: Jadi tunggu apa lagi, jom kita ramai-ramai serbu Pasar Vietnam tu nanti! Hehehe...

Sumber: Bernama

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah