5 Destinasi Pelancongan Menarik Di Ibu Negara Baharu Indonesia, Kalimantan!
JALAN-JALANJanuary 29, 2020 - 12:53 PM
Disebabkan Indonesia telah membuat keputusan rasmi bagi memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan Timur, kini semua mata bertumpu ke lokasi baharu itu.
Ramai rakyat negara jiran yang menyifatkan kawasan ibu negara baharu mereka nanti mempunyai potensi juga sebagai destinasi pelancongan memandangkan kawasan Kalimantan mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Kompas Travel telah menyenaraikan 5 destinasi menarik yang wajib dilawati pelancong sekiranya berkunjung ke ibu negara baharu republik tersebut.
1. Muzium Mulawarman
Terletak di Jl. Tepian Pandan, Panji, di kota Tenggarong, yang merupakan ibu kota Kutai Kartanegara, Mulawarman Museum mempunyai lebih daripada 5,000 artifak.
Koleksi muzium ini termasuk patung-patung, perabot purba, katil yang dihiasi dengan kain buatan tangan dan barangan daripada Dinasti Ming, Qing dan Yuan.
Dinamakan sempena Raja Mulawarman dari kerajaan Kutai purba, muzium ini terletak dekat dengan Mahakam, salah satu sungai yang paling deras di Indonesia.
2. Taman Kota Raja Tenggarong
Penduduk Tenggarong sering menjadikan taman dalam bandar ini sebagai lokasi santai mereka untuk menikmati angin petang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Taman ini dibuka 24 jam sehari dan pengunjung dikenakan bayaran masuk sebesar Rp 10,000 atau RM3.
Kalau datang singgah ke taman ini korang jangan lupa untuk bergambar berlatar belakangkan Jambatan Kartanegara yang cantik ini melintasi Sungai Mahakam.
3. Ladang Budaya
Secara literalnya Ladang Budaya atau lebih dikenali sebagai "Ladaya" ini umpama pusat yang menghimpunkan segala kebudayaan masyarakat Kalimantan.
Ramai pengunjung suka ke Ladaya kerana ia dikelilingi tumbuhan hijau dan juga dilengkapi dengan tempat penginapan berkonsep unik serta semulajadi.
Ia turut mempunyai sebuah mini zoo yang menempatkan kincir angin serta pelbagai jenis binatang menarik untuk tontonan pengunjung.
Habiskan masa bersama anak-anak di sini tentunya suatu pengalaman yang pasti menggembirakan mereka.
4. Pulau Kumala
Sebuah pulau kecil di Sungai Mahakam, Kumala terletak di sebelah barat Tenggarong.
Pulau ini mempunyai tarikan menara tinggi terbuka untuk orang ramai bagi menikmati pemandangan indah bandar Tenggarong.
Selain itu, kawasan permainan kanak-kanak dan kereta kabel turut menjadikan pulau ini sebagai destinasi ideal untuk hiburan seluruh keluarga.
5. Bukit Biru
Namanya yang bermaksud "bukit biru", destinasi ini merupakan tarikan pelancong yang popular di kalangan penduduk Kutai Kartanegara.
Orang ramai biasanya pergi ke Bukit Biru pada waktu petang untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam dari puncak bukit tersebut.
Destination:
βοΈ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" β οΈdi : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah