Hotel Tergantung Pertama Di Asia - Padjajaran Anyar Skylodge
HOTELFebruary 10, 2020 - 11:50 AM
Jika anda ke Jawa Barat, lebih tepat di Gunung Parang yang berada di Puwakarta, 2 jam perjalanan dari Jakarta atau Bandung.
Pada ketinggian 500 meter, terdapat sebuah binaan struktur aluminium dan binaan ini bukan sebarang binaan biasa. Ia merupakan sebuah tempat penginapan untuk mereka yang mahukan pengalaman percutian dan bermalam yang ekstreme atau lain daripada yang lain.
Padjajaran Anyar Skylodge di Gunung Parang ini merupakan sebuah hotel dan ia merupakan hotel tergantung yang pertama di Asia dan kedua di dunia selepas Glass Pods Peru yang dibuka pada 2013.
Kalau nak diikutkan, hotel ini sudah mula beroperasi sejak Disember 2016 dan berbanding tidur di pelantar yang dilakukan oleh pendaki – pendaki sebelum ini, tetamu di lodge ini dapat menikmati penginapan persis sebuah hotel sebenar.
Dengan keluasan 3 x 5 meter, bilik yang disediakan adalah lengkap dengan pendingin hawa, tandas, sinki, katil, tv, cerek dan sebuah microwave oven.
Untuk ke lodge ini, pengunjung perlu melakukan pendakian selama dua jam melalui laluan – laluan besi yang disediakan seakan – akan tangga. Difahamkan, hanya ada satu laluan yang disediakan untuk ke logde berkenaan.
Lebih menarik, selain dapat merehatkan diri, pengunjung boleh melakukan pendakian terus ke puncak (tower 3) Gunung Gading dari hotel ini.
Harga; RM1480 untuk satu malam atan 5 juta rupiah. Hehe. Mahal, tapi berbaloi. Cuma, pendakian boleh dibatalkan oleh pihak lodge sekiranya cuaca berbahaya.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah