Vila Konsep Kontena Lengkap Dengan Swimming Pool & Jakuzi!

HOTEL
May 18, 2022 - 04:06 PM


Kalau korang sedang mencari satu homestay yang luas dan fun, homestay kali ini memang paling ngam! Dahlah tak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur! Sesuai sangat untuk dijadikan lokasi percutian hujung minggu korang!

Terletak berdekatan dengan Bukit Broga, terdapat satu private villa yang nyaman dan dikelilingi keindahan alam semulajadi. TTS Lake Villa, satu homestay yang berkonsepkan kontena terbuka yang berada di Semenyih penuh dengan daya tarikan, fasiliti dan juga kemudahan!

Terdapat 4 bilik tidur. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan aircond dan tiga bilik mandi yang cukup luas. Tiga dari empat bilik tidur itu mempunyai satu katil bersaiz queen dan dua katil single.

Bilik yang keempat ni menarik sikit, kerana hiasan dalamannya yang berkonsepkan ala dorm asrama di mana terdapat tiga katil double-decker. Setiap bilik mandi juga lengkap dengan water heater dan towel disediakan untuk setiap pelanggan.

Tak lengkap satu percutian tanpa mandi manda di dalam kolam renang! Kolam renang di disini cukup dalam  untuk dewasa dan ini adalah kolam renang air masin! Kanak-kanak boleh mandi sekali tapi make sure di bawah pengawasan orang dewasa. Yang lagi best, kolam renang ni boleh juga dijadikan jakuzi! Cuma perlu tekan butang untuk on!

Nak lagi meriah dan fun untuk anak-anak, korang boleh request untuk Bounce House! 

Ruang tamu di villa ini pula lengkap dengan:

  • Flastscreen tv
  • Sistem karaoke

Memang sesuai sangat kalau korang nak adakan sambutan hari jadi ataupun hari keluarga kerana ada ruangan dapur yang lengkap dengan peti ais, dan dapur hot pot kalau nak enjoy steamboat! Meja makan yang cukup luas juga tersedia.

Nak barbeku? pun boleh sebab pit barbeku turut disediakan lengkap dengan arang dan fire starter untuk memudahkan kerja anda.

Alamat: Jalan TTS 1/1 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Harga untuk satu malam bermula dari RM1713, untuk membuat tempahan, klik link

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah