Airbnb Ubah Polisi Refund Mereka Kerana Covid-19

VIRAL
March 13, 2020 - 09:40 AM


Airbnb Inc semalam terlah mengumumkan perubahan polisi refund atau pembayaran semula wang tempahan dalam usaha mengimbangkan keperluan dan kepentingan kedua – dua pihak sama ada pemilik airbnb dan juga tetamu ketika seluruh dunia sekarang ini dilanda wabak coronavirus yang menyebabkan permintaan dan tempahan bilik berkurangan.

Disebabkan Airbnb beroperasi menggunakan platform atas talian, menghubungkan pemilik rumah yang ingin menyewa kediaman mereka kepada pelancong yang perlukan penginapan, mereka memilih untuk memberikan lebih manfaat kepada pemilik kediaman.

Tambah Airbnb, mereka akan memberikan ganjaran kepada pemilik yang menawarkan pemulangan wang yang lebih fleksibel atau memberikan pemulangan penuh tanpa sebarang masalah (kerana faham situasi semasa).

Polisi Airbnb mengatakan kesemua tempahan boleh mendapatkan pampasan penuh sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 48 jam. Selebihnya, ia bergantung kepada pemilik kediaman untuk menentukan polisi pemulangan mereka tersendiri yang biasanya dinyatakan dalam syarat sewaan kediaman mereka.

Contoh proses / syarat refund pemilik di Airbnb

Sejak penularan Covid-19, Airbnb telah memberikan pampasan penuh kepada mereka yang ada membuat tempahan di China, Korea Selatan dan Itali dan setiap pembatalan tempahan dari sekarang sehingga 1 Jun akan mendapat semula bayaran perkhidmatan yang dicas oleh pihak Airbnb dalam bentuk kupon tebusan untuk tempahan akan datang.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah