6 Buku Panduan Travel Terbaik Yang Boleh Anda Baca Untuk Rancang Perjalanan Anda

TRAVEL
March 27, 2020 - 11:10 AM


Sementara tempoh tidak boleh travel keluar negara kerana Covid-19 ini, apa kata anda buat sedikit research atau rancang pengembaraan anda selepas segalanya berakhir nanti (mudah – mudahan cepat). Walaupun ada ribuan, mungkin jutaan bahan bacaan atas talian, pastinya ramai yang memilih untuk membeli dan membaca buku fizikal, lebih – lebih lagi buku panduan untuk travel.

Diparasan, ada banyak buku panduan yang ditulis oleh pakar, ‘orang dalam’ sesuatu bidang dan juga perkongsian warga tempatan bagi menghasilkan sebuah buku panduan yang boleh dijadikan rujukan semua orang. Pastinya, buku – buku panduan ini boleh dibaca oleh semua jenis traveler dengan pelbagai jenis minat dan destinasi. Mahukan pantai, bandar, nature, apa sahaja; pasti ada.

Berikut adalah 10 Siri Buku Panduan Travel Terbaik yang boleh anda dapatkan :

#1. DK Eyewitness

DK telah berada di pasaran sejak tahun 1993 lagi dan ia sudah menerbitkan lebih daripada 200 naskah panduan perjalanan. Apa yang membuatkan siri mereka menyerlah adalah penggunaan visual dan ilustrasi yang sangat memberikan inspirasi.

DK ini juga mendapat anugerah buku panduan terbaik di Wanderlust Reader Travel Awards tahun 2020 tau.

 

#2. Lonely Planet

Bermula sejak awal tahun 70-an lagi, tidak hairanlah mengapa jenama ‘Lonely Planet’ ini boleh dikatakan antara yang popular dalam kalangan traveler.

Sehingga hari ini, difahamkan mereka telah mencetak lebih daripada 100 juta naskah panduan perjalanan yang mana ia sangat terperinci, informative serta menyuntik idea baru tentang industri pelancongan.

Jika ditanya edisi ‘wajib’ ada, pastilah edisi tahun 2006 bertajuk The Travel Book, sebuah edisi yang mempunyai kesemua negara yang disahkah oleh UN.

 

#3. Bradt

Siri keluaran Bradt boleh dikatakan mempunyai gold standard bila kita bercakap soal buku panduan indie. Diasaskan pada 1974 oleh Hilary Bradt, siri atau jenama ini merupakan antara yang terawal mengeluarkan buku panduan perjalanan dan sering menjadi pilihan para penggembara.

Selain itu, Bradt terkenal dengan kandungan yang berkualiti tinggi sambil mengalakkan gaya travel yang perlahan serta lestari. Ia juga terkenal kerana sering mengetengahkan destinasi yang jarang dikunjungi oleh media mainstream.

 

#4. Rough Guides

Jika anda mencari buku panduan yang ringkas dan mudah difahami, Rough Guides adalah yang terbaik. Terkenal kerana ia menceritakan tentang destinasi tersebut tanpa ada unsur tokok tambah. Apa yang ada, itulah yang ditulis.

Anda boleh cuba dapatkan edisi terbaik mereka iaitu Rough Guide to Tokyo yang terbit pada 1 April 2020 nanti. Pastinya ia menjanjikan liputan menyeluruh tentang semua yang anda patut tahu tentang Jepun.

 

#5. Insight Guides

Lebih 45 tahun pengalaman dalam industri, rasanya kredibiliti penerbitan atau jenama ini tidak perlu disangkal lagi.

Apa yang menjadikan mereka lain daripada yang lain adalah mereka akan menyediakan peta terperinci, maklumat yang tepat serta dilengkapi dengan foto – foto yang cantik dan menarik untuk menghubungkan pembaca melalui sejarah dan kebudayaan setempat.

 

#6. Time Out

Walaupun mereka merupakan ‘paling muda’ antara penerbitan lain, Time Out mendapat perhatian terutama kepada mereka yang ingin mengembara ke bandar terutamanya Eropah.

Bermula dari tahun 2016, Time Out semakin mendapat tempat dalam kalangan penggembara yang mahu menemukan trend terbaru tentang kesenian, kebudayaan, reka bentuk, makanan serta hotel.

Time Out juga ada menyediakan peta lengkap dan terperinci sesebuah bandar. Jadi, jika telefon anda kehabisan bateri, hanya buka helaian peta yang ada dalam majalah atau buku mereka ini.

p/s : Kalau tak salah, kesemua ini ada laman web mereka tersendiri (kalau malas nak pergi beli buku) cuma, akses terhad, tapi, masih banyak maklumat yang boleh anda jumpa dan dapatkan... 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah