Itali Longgarkan 'Lockdown' Bermula 4 Mei Depan
VIRALApril 27, 2020 - 02:06 PM
Sebelum ini, Itali antara negara yang paling teruk terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 hingga menyebabkan negara itu antara yang awal melaksanakan perintah 'lockdown' kepada rakyatnya.
Namun semalam, Perdana Menterinya, Giuseppe Conte mengumumkan bahawa Itali akan melonggarkan sekatan pergerakan di seluruh negara pada 4 Mei depan.
Ia bagi membolehkan beberapa perniagaan utama disambung semula selepas tujuh minggu tidak beroperasi.
Bagaimanapun, Conte memberi amaran -- melonggarkan sekatan pergerakan bukan bermakna peraturan penjarakan sosial ditamatkan, ia masih perlu dilaksanakan untuk mengelak lonjakan baharu lengkung penularan.
Pergerakan rakyat masih terhad hanya untuk urusan penting seperti kesihatan, kecemasan dan bekerja.
"Jika anda sayangkan Itali, tolong jaga jarak sosial," kata Conte.
Tambah beliau, taman awam akan dibuka semula dan yang ingin mengunjungi saudara-mara boleh melakukannya jika mereka tinggal dalam wilayah yang sama.
Conte menegaskan andai rakyat tidak mematuhi peraturan ditetapkan, ia boleh mencetuskan peningkatan lengkung penularan, mengundang risiko yang lebih bahaya dan sukar dikawal.
Bermula 4 Mei nanti, semua aktiviti di sektor pembuatan dan pembinaan dimulakan semula. Tetapi firma perlu memastikan semua protokol keselamatan yang baharu diperkenalkan dipenuhi sepenuhnya.
Majlis pengebumian juga dibenarkan, tetapi diadakan di tempat terbuka, kehadiran tidak melebihi 15 orang.
Conte berkata jika semua perancangan berjalan lancar, kedai runcit dapat dibuka kembali pada Mei, sementara restoran, kafe, coiffeurs dan kedai gunting rambut dibuka pada 1 Jun. Sekolah masih ditutup sehingga September.
Sehingga kini, Itali telah merekodkan sebanyak 197,675 kes positif COVID-19 dengan 26,644 kes kematian.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah