11 Hari Berturut-Turut Tanpa Kes Baru, New Zealand Dijangka Tarik Balik Sekatan

VIRAL
June 04, 2020 - 03:11 PM


Selepas 11 hari berturut-turut tidak mencatatkan kes baharu COVID-19 dan hanya merekodkan satu sahaja kes aktif -- New Zealand berkemungkinan menarik balik kesemua sekatan pergerakan di negaranya pada minggu depan.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata New Zealand dijangka beralih ke tahap amaran 1 pada minggu depan, yang bermakna kesemua langkah jarak selamat dan sekatan terhadap perhimpunan bakal dibenarkan semula.

Namun, sempadan negara itu masih terus ditutup.

Kabinet akan membuat keputusan itu pada 8 Jun, lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan pada 22 Jun.

"Strategi kami untuk melaksanakan langkah-langkah ketat, mencegahnya seawal mungkin sudah membuahkan hasil dan bagi sesetengah kes, ia menjangkaui ramalan," kata Jacinda Ardern.

Ini sebahagian besar disebabkan oleh perintah berkurung yang ketat dikuatkuasakan selama hampir tujuh minggu di mana sebilangan besar perniagaan ditutup dan semua orang kecuali pekerja khidmat penting diarahkan supaya duduk di rumah.

"Kami akan menjadi salah satu daripada negara pertama di dunia yang kembali ke tahap sedia kala dalam tempoh yang singkat," tambahnya.

Sumber: Sky News

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah