Tak Boleh Sentuh Kaabah & Cium Hajarul Aswad! Berikut 10 SOP Baharu Ibadah Haji Tahun Ini
VIRALJuly 07, 2020 - 01:13 PM
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia bakal memasuki bulan Zulhijjah yang mana ibadah haji serta sambutan Hari Raya Aidiladha bakal diadakan.
Meskipun tahun ini Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak menghantar jemaah Haji masing-masing ke Tanah Suci -- namun ibadah Rukun Islam ke-5 itu tetap diteruskan bagi jemaah Haji Arab Saudi dan negara yang dibenarkan.
Bagaimanapun, terdapat sedikit kelainan dari segi SOP dan rutin ibadah yang dilakukan kali ini memandangkan usaha bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 masih berleluasa di seluruh dunia.
Terkini, Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan beberapa peraturan baharu untuk dipatuhi oleh para jemaah, antaranya :
1) Dilarang menyentuh Kaabah
2) Tidak dibenarkan mencium Hajarul Aswad atau Batu Hitam
3) Jemaah diminta membawa sejadah sendiri kerana karpet masjid akan ditanggalkan
4) Dilarang membawa makanan di masjid atau makan di kawasan masjid
5) Penganjur dan jemaah perlu sentiasa kekalkan penjarakan sosial dengan jarak 1.5 meter sepanjang masa
6) Penganjur dan jemaah perlu sentiasa memakai topeng mulut & hidung
7) Akses ke tempat suci seperti Mina, Muzdalifah dan Arafah dihadkan kepada mereka yang mempunyai permit Haji sahaja mulai 19 Julai hingga 2 Ogos 2020.
8) Penganjur hanya dibenarkan membawa tidak lebih daripada 50 jemaah bagi setiap kumpulan untuk melakukan ibadah melontar di Jamrah. Malah batu-batu kecil yang telah dibasmi kuman akan dibungkus khusus sebelum diagihkan kepada para jemaah.
9) Water cooler yang berada di masjid-masjid besar akan turut dihentikan operasinya.
10) Air Zam-Zam akan diedarkan setiap masa dalam bentuk botol persendirian.
P/S: Paling sedih part yang tak dapat nak sentuh Kaabah dengan tangan kita dan cium batu Hajar Aswad...
Sumber: Arab News
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah