Coastal Store - Hidden Gem Yang Korang Patut Pergi Di Kuantan, Pahang
TARIKANRamai yang kenal dengan tarikan-tarikan utama di negeri Pahang seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands. Tapi masih ramai tak tahu tentang lokasi-lokasi unik yang ada di negeri ini. Salah satunya adalah cafe Coastal Store. Kafe ini terletak di Kuantan dan kebanyakan penduduk Kuantan sendiri masih lagi tak tahu tentang kafe yang unik ini.
Segala-galanya tentang kafe ini seperti kembali ke era 1970-an dari segi astetik, design, dan barangan yang ada di dalam kafe tersebut memang retro habis. Kopi di kafe ini agak sedap dan mempunyai pilihan menu seperti kafe-kafe lain seperti kek, keropok lekor, dan macam-macam lagi. Dan korang kena try Viatnamese Iced Coffee diorang, ramai betul pelanggan yang suggest pergi sini untuk air tersebut.
Namun keunikan kafe ini bukanlah pada makanan sahaja, mereka juga menjual kaset, vinyl, dan cd lama di kedai mereka dari zaman 70-an hingga 80-an. Senang cerita, kalau korang ni jenis collector barang-barang lama, rare dan retro, Coastal Store merupakan salah satu kedai yang korang wajib datang. Memang banyak barang rare di sini.
Korang juga boleh datang pada hari ahad malam kerana Coastal Store ada buat sesi Acoustic Nights di mana pemuzik-pemuzik tempatan akan menyanyikan lagu mereka dalam suasana santai dan chill. Sambil-sambil minum kopi dan membelek barangan-barangan rare, korang boleh rileks dengar nyanyian sedap dari pemuzik di sana pada hari tersebut.
Jadi kalau korang nak pergi ke lokasi tersembunyi atau hidden gem di Pahang, tak perlu tengok lebih jauh. Datang je ke Coastal Store dan rasai sendiri pengalaman berjalan di dalam suasana zaman 70-an. Memang best. Dan macam biasa, korang kena patuh SOP dan jaga penjarakan sosial, jangan lupa pakai mask okay? Have fun guys!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah