Cabar Diri Anda Di Skywalk Menara Kuantan 188!
TARIKANMarch 10, 2022 - 11:40 AM
Jom kita rancakkan semula sektor pelancongan negara! Mana tidaknya, sektor pelancongan di seluruh dunia menghadapi cabaran yang besar akibat wabak Covid-19. Banyak sebenarnya tarikan di negara tercinta kita ini. Jom kita ke negeri Tok Gajah, Pahang!
Kali ini, ada tarikan terbaru di mercu tanda bandar Kuantan iaitu Menara Kuantan 188! Sedikit latar belakang menara ini ia adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur yang dibuka secara rasmi sejak 15 Disember 2021 itu dibina berinspirasikan daun dan bunga pokok teruntum putih yang dulunya banyak tumbuh di kawasan persisiran Sungai Kuantan.
Antara tarikan baru yang dibuka tahun ini adalah anda dapat menikmati permandangan 360 darjah yang luar biasa bandaraya Kuantan melalui anjung tinjau tertutup di ketinggian 92 meter dan anjung tinjau terbuka pada ketinggian 104 meter. Ia dibuka kepada umum setiap tahun sehingga pukul 10 malam.
Selain dari itu, untuk anda yang sukakan cabaran dan deruan adrenalin anda boleh cuba aktivit Skywalk di anjung tinjau terbuka dengan kadar bayaran dikenakan sebanyak RM88. Pastikan anda check dulu ramalan cuaca sebelum datang ke sini tau! Cuaca perlu berada dalam keadaan baik untuk tujuan keselamatan! Satu pesanan, jangan lupa untuk pakai kasut yang sesuai okay!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah