Selepas Setengah Abad, Gurun Sahara Dituruni Salji Tahun Ini

VIRAL
January 19, 2021 - 10:55 PM


Fenomena salji di Gurun Sahara bukanlah satu perkara biasa yang berlaku. Memang betul sekarang kita berada dalam musim sejuk tetapi ini kali pertama suhu di Arab Saudi mencecah -2 darjah Celcius tau. Seorang fotographer telah menangkap gambar menunjukkan suasana di daerah Aseer yang diliputi oleh salji. Memang sangat menakjubkan.

Fotographer yang bernama Karim Bouchetata menangkap gambar tersebut di sebuah pekan yang bernama Ain Sefra. Kalau korang nak tahu, Ain Sefra ni dikenali sebagai 'The Gateway to the Desert' (Gerbang ke padang pasir) yang mempunyai ketinggian 1000 meter dari paras laut dan dikelilingi oleh Gunung Atlas. Seperti yang korang boleh jangkakan, penduduk di daerah Aseer sangat gembira dengan fenomena ini.

Yelah, dah bertahun-tahun duduk di padang pasir tiba-tiba turun salji, memang gembira la mereka. Penduduk tempatan di sana berpusu-pusu datang melawat kawasan ini untuk melihat pemandangan yang sangat cantik dan rare itu. Sudah lebih dari 50 tahun tau sejak salji turun di daerah ini, dan korang boleh lihat sendiri gambar-gambar yang diambil, memang sangat menarik.

Menurut researcher, bukan fenomena salji je yang akan melanda daerah Gurun Sahara ni, tetapi kawasan ini akan kembali menghijau 15,000 tahun akan datang akibat perubahan cuaca yang berlaku. Rasanya kita sendiri tak boleh bayangkan macam mana pemandangan Gurun Sahara yang menghijau pada masa akan datang. 

Sumber: Daily Mail

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah