Tebus e-Belia RM150 Korang Dengan Shopee Dan Dapatkan Ganjaran Baucar Bernilai RM500 Guaranteed!

VIRAL
June 01, 2021 - 12:12 PM


Ketika dunia sedang gawat melawan wabak pandemik, dan kerajaan masing-masing berusaha untuk memulihkan ekonomi, antara inisiatif yang dapat diambil kerajaan Malaysia adalah bantuan tunai atas talian di mana korang dapat berbelanja di atas talian, satu langkah membeli belah yang lebih selamat terutama sekali ketika angka jangkitan harian berada di kadar yang sangat tinggi. 

Selain itu, dengan penggunaan e-dompet, korang juga lama-kelamaan akan lebih terbiasa dengan gaya hidup tanpa tunai ataupun cashless, jadi setiap transaksi harian korang berlaku tanpa penggunaan wang kertas. Bagus untuk waktu-waktu macam sekarang di mana kita kalau boleh nak kurangkan kontak dengan orang lain. 
Kalau korang belum tahu, bulan 3 yang lepas, kerajaan kita telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) merangkumi Program eBelia RM150 yang dikhaskan kepada golongan belia dan pelajar IPT yang akan menerima pemberian kredit menerusi e-dompet. 

Korang diberikan pilihan untuk membuat penebusan eBelia di mana-mana platform e-dompet yang korang suka, tapi min rasa dah alang-alang 6.6 pun dah dekat, paling syok kalau korang tebus eBelia korang di ShopeePay! Nak tahu kenapa? 

Mula-mula sekali, kalau korang dah buat keputusan dan memilih ShopeePay sebagai platform e-dompet untuk tebus kredit eBelia, korang dapat jaminan dari Shopee untuk tambah ekstra baucar bernilai RM500 untuk korang! Dah dapat RM150, dapat lagi ‘hadiah’ daripada Shopee yang korang boleh gunakan untuk jualan besar-besaran Shopee 6.6 Awesome Sale yang menawarkan penghantaran percuma dengan pembelian melebihi RM6, dan diskaun sehingga 66%! 

Shopping dalam talian, boleh kekal selamat dekat rumah sambil tolong pulihkan ekonomi, hehe. 

Jadi, siapa je yang layak untuk tebus kredit eBelia ni sebenarnya? Haa, ini dia: 

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja bagi program Diploma, SKM4 ke atas.

Macam mana nak tebus dekat Shopee Pay dan dapatkan ekstra RM500? Senang je! Ikuti step ni: 

  1. Aktifkan akaun ShopeePay korang di aplikasi Shopee dan sahkan dengan menggunakan kad pengenalan. 
  2. Tebus kredit RM150 eBelia. 
  3. Baucar terkumpul bernilai RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun setiap hari!


Antara baucar-baucar yang akan dimasukkan ke dalam akaun Shopee korang kalau korang tebus eBelia dengan Shopee Pay adalah 6x Baucar Penghantaran Percuma Pembelian Melebihi RM10 bernilai RM10 setiap satu, 8x Baucar Pulangan Tunai Bernilai RM5 setiap satu, 10x Baucar Mall Seller bernilai RM5 setiap satu, 60x Baucar Shopee Pay bernilai RM5 setiap satu, Baucar Prabayar YES (40GB + SIM) bernilai RM50. 
 

Baucar-baucar yang akan korang dapat bakal dikreditkan secara harian terus ke dalam akaun korang. Korang kena tebus eBelia korang cepat-cepat tau, selepas 22 Julai dah tak boleh tebus dah, dan jangan lupa untuk gunakan semua baucar Shopee korang dalam masa sebulan! Bukan itu je! Kalau korang pengguna kali pertama aplikasi Shopee, Shopee ada lagi satu ekstra ganjaran untuk pembaca Rileklah iaitu potongan harga RM15 tanpa perbelanjaan minima!

Baucar eksklusif untuk pembaca Rileklah dari Shopee!

Guna Kod: RILEK15 untuk menikmati diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM0! 
*Sah untuk pengguna baru Shopee sahaja, tertakluk terma.

Shopee eBelia:
https://shopeemy.onelink.me/356033421/ShopeeEBELIA2021RILEKLAH

Shopee 6.6 Awesome Sale:
https://shopeemy.onelink.me/356033421/Shopee66AwesomeSale2021RILEKLAH

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah