Jangan Lupa Tebus Kredit eBelia Sebanyak RM150 Pada 1 Jun Nanti
VIRALMay 24, 2021 - 07:29 AM
Pempentangan Belanjawan 2021 yang diumumkan pada tahun lepas mempunyai pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Salah satu usaha tersebut adalah eBelia.
eBelia merupakan pakej stimulus ekonomi PEMERKASA sebanyak RM150 yang akan diberikan kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun sahaja mulai 1 Jun 2021 nanti.
Bantuan yang diberikan ini berbentuk nilai e-wallet yang hanya boleh ditebus melalui 4 aplikasi ini:
- BigPay
- Touch n Go eWallet
- ShopeePay
- Boost
Kredit ini boleh ditebus mulai 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021. Dan korang hanya boleh gunakan kredit ini sehingga 31 Julai 2021 sahaja. Jadi jangan lupa untuk menebus dan menggunakan bantuan ini sebaiknya.
Syarat Kelayakan
Terdapat 2 syarat yang perlu dipenuhi untuk menebus bantuan ini iaitu:
- Warganegara berusia 18 tahun hingga 20 tahun
- Belia yang melanjutkan pengajian di IPT sepenuh masa dalam negara di peringkat Diploma atau SKM4 ke atas
Cara Menebus
- Download aplikasi e-wallet yang telah disenaraikan di atas
- Daftar pengguna baru (bagi yang pertama kali sahaja)
- Buat verifikasi identiti pengguna (hantar gambar kad pengenalan di dalam aplikasi)
- Buka paparan tuntutan eBelia dan masukkan maklumat yang diperlukan
- Status penebusan akan diberitahu sekiranya berjaya
Sumber: Belanjawan 2021
Kredit Gambar: Hello Kerja
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah