Demi Olimpik Tokyo, Jepun 'Tutup Mata' Pada Atlet Bertatu & Langgar Pantang Larang Mereka!

GAYA HIDUP
July 27, 2021 - 04:28 PM


Jika siapa yang dah biasa dan gemar melancong ke Jepun, pasti sedia mengetahui bahawa di Negara Matahari Terbit itu amalan mencacah kulit atau melukis tatu di badan merupakan suatu pantang larang kuno mereka.

Oleh sebab itu, kalau korang menggunakan khidmat onsen (kolam air panas) dan sento (kolam mandi awam) memang individu bertatu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Begitu juga di kolam renang, pantai, gimnasium dan restoran mereka -- semuanya melarang individu memperlihatkan lukisan tatu di anggota badan masing-masing.

Namun, larangan kuno nampaknya tidak terpakai ketika penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung ketika ini.

Ramai atlet sukan Olimpik Tokyo 2020 memperlihatkan tatu mereka, lapor United Press International (UPI).

Antaranya, atlet renang Adam Peaty dari Britain dan Caeleb Dressel dari Amerika Syarikat (AS) memakai baju lengan panjang yang jelas menampakkan tatu, manakala tatu di lengan bintang bola keranjang AS Damian Lillard dan Jayson Tatum jelas kelihatan di sebalik jersi yang dipakai.

Terdapat juga atlet mencacah tatu berbentuk gegelung Olimpik, termasuk perenang AS Chase Kalisz dan atlet gimnastik Eleftherios Petrounias dari Greece.

Larangan tatu mungkin diberi kelonggaran ekoran ketiadaan penonton di gelanggang pertandingan berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Jepun telah membangkitkan isu berkenaan ketika berlangsungnya beberapa kejohanan sebelum ini.

Berikutan stigma masyarakat itu ketika penganjuran Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, pemain All Blacks dari New Zealand secara sukarela menutup tatu mereka.

Stigma itu berpunca daripada amalan pemerintah pada abad ke-18 mencacah tatu di lengan atau dahi penjenayah untuk mengenal pasti identiti mereka. Lama kelamaan, tatu dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.

Sumber: BERNAMA

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah