Semak 10 Perkara Ini Dahulu Sebelum Korang Gerak Bercuti Ke Langkawi

TRAVEL
September 17, 2021 - 05:58 PM


Dah nak gerak bercuti ke Langkawi? Pastikan korang semak dulu 10 perkara ni...

Dalam persiapan untuk kembali terbang ke Langkawi pada 16 September ini, AirAsia memberi jaminan faktor kesihatan dan keselamatan penumpang akan menjadi keutamaan mereka.

Malah syarikat penerbangan tambang murah itu turut membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan tetamu terbang dengan selesa dan selamat.

Ini termasuk sistem daftar masuk yang mudah dan pantas serta membolehkan pelanggan memuat naik dokumen kesihatan dan vaksinasi mereka untuk pengesahan segera melalui AirAsia Super App sebelum ke lapangan terbang.

AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi termasuklah dengan menugaskan hanya kru penerbangan yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk mengendalikan pesawat.

Manakala ciri-ciri keselamatan pesawat itu sendiri seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi yang digunakan di dalam kabin juga menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.

Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:

1. Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan

Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain.

Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.

2. Semua tetamu perlu mendaftar masuk secara kendiri

Langkah ini adalah untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ia boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan.

Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Sila ambil maklum:

A. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.

B. Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.

3. Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang

Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.

4. Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan

Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik.

Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.

Berikut adalah beberapa tip bagi anda mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar bersama AirAsia.

1. Manfaatkan airasia Super App sepenuhnya

Bagi yang belum memuat turun aplikasi ini, disarankan berbuat demikian sekarang. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.

Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka. (Psst... Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan terhebat dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain untuk gaya hidup anda.)

2. Cetak tag bagasi melalui kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang dan daftar masuk bagasi secara kendiri

Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda untuk menikmati penjimatan terbaik.

Selepas mendaftar masuk secara kendiri, anda boleh mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda untuk mencetak tag bagasi di kiosk dan kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri.

3. Pelepasan secara berperingkat

Untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan sesama para tetamu dan dengan kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) dan akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1). Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan.

4. Terus berhubung dengan AirAsia WiFi semasa penerbangan

Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta menikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri.

Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan.

5. Pembayaran tanpa sentuhan

Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit.

*Artikel asal di mStar

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah