Netizen Persoalkan Kenapa London Boleh Tetapi Umrah Dihentikan? Haa Sila Jawab...

TRAVEL
January 04, 2022 - 11:35 AM


Sejak pengumuman tentang penangguhan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini nampaknya telah membuat para netizen mula bengang dengan kawalan pintu negara yang masih lagi membuka pintu terutama kepada mereka yang keluar ke destinasi "orang kaya" seperti London. 

Menurut statistik, penularan varian Omicron di United Kingdom telah mencapai 78% dimana ia penularan tertinggi selepas varian Delta yang hanya menular sebanyak 22% sahaja. [Sumber]

Jika dilihat data tentang penularan varian Omicron sewajarkan destinasi seperti London ini turut dibekukan juga dan beberapa lagi destinasi yang menjadi punca varian ini merebak di Malaysia.

Suka atau tidak nampaknya kita terpaksa tempuhi varian baru ini tidak lama lagi. Baharu sahaja selesai dos ketiga booster pfizer setelah dua dos vaksin Sinovac yang tidak mampu melawan varian baru ini. Kini sekali lagi terpaksa menunggu dos keempat, lengan pun dan berlubang-lubang dah ni. haha

Akibat Gelombang Omicron, Kerajaan Tangguh Umrah Bermula 8 Januari

Menerusi rekod dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih seribu kes positif COVID-19 dikesan pengembara yang pulang dari Arab Saudi. Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tiada perjalanan mengerjakan umrah selepas 7 Januari sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.

Menurut Khairy Jamaluddin, kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari.

Tambahnya, bagi jemaah yang akan berlepas pada 1 hingga 7 Januari, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan namun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Nadma apabila tiba di Malaysia.

Kegagalan mematuhi arahan dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan tindakan undang-undang. Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah