Anda Pertama Kali Bercuti Ke Eropah? Hati-Hati Dengan Taktik 'Scammer' Licik Ini!

TRAVEL
January 28, 2020 - 11:17 AM


Siapa yang tak seronok kalau dapat bercuti ke kota-kota besar di Benua Eropah yang terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik dan terbaik dunia!

Namun di sebalik keindahan dan kegembiraan dapat menjejakkan kaki ke negara-negara maju tersebut seperti England, Jerman, Itali, Perancis dan sebagainya -- harus diingat untuk sentiasa berhati-hati kerana kes penipuan atau "scammer" juga tak kurang banyaknya di sana.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Hilmi Mazlan telah berkongsi pengalaman beliau menyaksikan beberapa jenis kes penipuan ketika berada di beberapa negara Eropah untuk peringatan bersama. 

Kredit Foto: Hilmi Mazlan

Berikut antara perkongsiannya yang menyenaraikan jenis-jenis "scam" di sekitar kota-kota besar di Eropah:-

BERLIN, JERMAN

Jika berjalan-jalan sekitar Berliner Dom, anda akan didatangi orang gypsy yang bertudung (bukan tudung sebenarnya). Mereka akan bertanya 'Do you speak english'? Tak usah dilayan mereka itu.

ROM, ITALI

1) Jika anda berada di Metro di Rom, berhati-hati dengan bag anda kerana akan ada orang sengaja melanggar anda ketika memasuki metro. Kejadian berlaku di depan mata saya ketika segerombolan pelancong dari india memasuki ke metro.

2) Dekat Collesuem di Kota Rome, akan ada orang jual 'selfie stick' atau tawarkan harga untuk tourist guide, elok anda ke kedai berhampiran jika tidak mahu membayar dengan harga tinggi.

LONDON, ENGLAND

1) Jika anda berada di London, hati-hati ketika berjalan di sekitar London Bridge kerana ada beberapa orang yang saya perhatikan dari Eropah Timur yang memang jadi 'pick pocket' (penyeluk saku). Juga di Jambatan Westminster, situ juga memang kawasan aktif untuk pick pocket.

2) Jika nak beli tiket perlawanan EPL, pastikan beli di kaunter dengan anda sebagai ahli kelab jika tak mahu beli dengan harga berkali ganda. Ada orang juga tawarkan di bandar-bandar yang ada stadium.

3) Berhati-hati di jalan berdekatan dengan Bayswater, ada seorang mamat Itali akan tegur anda (orang Eropah tahu korang orang Malaysia) dia akan cakap dia tiada duit nak balik ke Itali, dia akan offer dengan jaket buatan Itali. Kejadian ini berlaku di depan mata. Ada seorang rakan saya masih usia dalam 20-an, gilakan jenama tersebut dan hampir mahu beri £100 untuk satu jaket.

Mula-mula mereka bagi jaket yang berkualiti untuk dipegang tetapi sewaktu anda mahu beri wang terus mereka bagi yang kualiti kurang baik (nasib baik dapat tarik kawan itu supaya blah daripada situ).

Kebiasaannya orang Itali itu akan memandu kereta dan panggil anda daripada tingkap di sebelah penumpang dengan buat muka kesian.

PARIS, PERANCIS

1) Jika berada di Paris, kadang-kala kita sangkakan orang berkulit gelap atau Afrika dekat dengan Menara Eiffel itu yang disangka jahat walhal mereka datang dari Afrika untuk cari makan. Jika anda tegur dengan baik dan beri salam, inshaALLAH mereka jawab dengan elok (kerana ada di antara mereka adalah muslim).

Pengalaman diri sendiri menegur mereka dengan baik dan dapat diskaun lagi. Cuma berhati-hati sewaktu di metro, saya perhatikan orang Eropah Timur / Imigran Gypsi dari Romania, Albania yang banyak buat hal di Paris. Kawan saya di Paris pun ada ceritakan hal yang sama.

2) Jika ada pihak ingin meminta anda untuk tandatangan petisyen, kalau boleh jangan dilayan kerana mungkin mereka ingin ambil perhatian anda sahaja sambil rakan lain buat 'kerja mereka'.

Sumber: Hilmi Mazlan

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah