Lukisan Peta, Satukan Semula Seorang Anak Yang Diculik Bersama Ibunya
GAYA HIDUPJanuary 05, 2022 - 04:46 PM
Seorang lelaki di China yang diculik kira-kira 33 tahun lalu akhirnya bertemu semula dengan keluarga kandungnya. Lapor Daily Mail, Li Jingwei, 37, disatukan kembali dengan ibu kandungnya selepas berjaya melukis peta kampungnya berdasarkan memori pada zaman kanak-kanaknya.
Menurut Jingwei, dia diculik ketika hanya berusia empat tahun oleh sekumpulan pemerdagangan kanak-kanak dari rumahnya yang terletak di wilayah Yunnan, barat daya China.Kata Jingwei, dia kemudian diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan di Henan, utara-tengah China namun sering mengenang keluarga kandungnya di kampung halaman kerana terlalu rindu.
Setelah mendengar kisah pertemuan semula kanak-kanak lain dengan keluarga mereka, Jingwei membuat keputusan untuk mengesan ibu bapa kandungnya. Jingwei melukis peta tersebut yang menampilkan butiran mengenai kampungnya.
Peta itu mengandungi rupa bentuk rumah dan peralatan digunakan penduduk kampung untuk memasak nasi kerana Jingwei tidak dapat mengingati nama ibu bapa kandungnya mahupun kampungnya. Bagaimanapun, polis berjaya memadankan lakaran peta yang dilukis itu dengan sebuah perkampungan kecil berhampiran Zhaotong.
Hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan Jingwei merupakan anak lelaki kepada seorang wanita dari kampung itu yang telah kehilangan anaknya. Pasangan ibu dan anak itu kemudian disatukan semula di balai polis Henan pada pertama tahun 2022.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah