Kreatif Gadis Ni! Ubah Myvi Jadi 'Campervan' Bawa Bercuti Keliling Semenanjung, Kos Tak Sampai RM500
GAYA HIDUPJune 01, 2022 - 04:06 PM
Kebiasannya kembara menaiki bas atau van yang diubah suai menjadi ‘campervan’ terutama di luar negara jadi inspirasi buat kita untuk melakukan perkara sama.
Tidak mustahil kerana jika ada keinginan dan minat, pasti impian akan menjadi kenyataan.
Anda tidak perlukan kenderan bɛsar seperti bas atau van, cukup sekadar kenderaan kompak untuk merealisasikan percutian ala camper ini.
Seperti yang dilakukan gadis ini, Farah Nabilah pemilik Myvi yang telah diubah suai keretanya menjadikan Campercar Portable yang sangat menarik.
Menurutnya dia bercadang untuk bercuti secara solo sekitar Malaysia dan menggunakan Myvi miliknya untuk ditukar menjadi seperti campervan.
Tambahnya gadis ini dia memulakan percutian selama 10 harinya itu dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
Sepanjang tempoh percutian menyeronokkan ini, Farah berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana tanpa persendirian yang dilengkapi dengan t4ndas awam.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.
“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama,” tambahnya lagi.
Menurut Farah, kos transformasi ‘CamperMyvi’ miliknya itu hanya menelan belanja kira-kira kurang daripada RM500 sahaja.
Dengan kreativiti dia menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.
Manakala di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana boleh digunakan Farah untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.
Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, jelasnya lagi.
Ternyata usaha dilakukan sangat menarik dan boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang minat melakukan aktiviti kembara solo ini.
Sumber: Media Islam
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah