Bajet & Ringkasan Trip Kembara 4 Hari 3 Malam di Flores Island Indonesia

ITINERARY
March 29, 2022 - 04:32 PM


Pulau Flores yang termasuk dalam wilayah atau provinsi Nusa Tenggara Timur Indonesia, merupakan pintu masuk ke salah satu taman nasional paling popular mereka, iaitu taman nasional Komodo, yang juga merupakan habitat asal satu-satunya ‘naga’ yang tinggal di dunia, iaitu Naga Komodo.

Selain daripada itu, pulau Flores juga merupakan destinasi yang sangat disukai ramai kerana kekayaan alam semula jadinya yang indah dan masih terpelihara.

Biarpun belum ada penerbangan langsung ke Flores dari Malaysia, namun ia mampu ditujui dengan penerbangan Garuda Indonesia melalui bandaraya Jakarta.

Penerbangannya juga tidak memakan masa yang lama dan hanya mengambil masa sekitar dua jam dari lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta, di Tangerang dekat Jakarta.

Semua pesawat akan mendarat di lapangan terbang Komodo, di bandar Labuan Bajo, iaitu bandar utama dan paling popular di Pulau Flores. 

Bandar yang bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan ini dahulu kini menjadi sebuah pusat pelancongan yang penting berkat kedudukannya sebagai pintu masuk ke Pulau Flores dan Pulau Komodo secara umum.

Biarpun bandarnya tidaklah terlalu besar namun ia mempunyai banyak tarikan tersendiri. Sejak meniti nama sebagai destinasi pelancongan, ia mula menyaksikan semakin banyak pembangunan dengan kemunculan hotel-hotel baru dan aneka tempat penginapan, daripada yang berharga rendah sehinggalah yang paling mewah.

Day 1

Bertolak dengan last flight malam KL - Bali. Berehat di airport Bali. Selepas solat subuh bergerak ke gate domestik. Gate international dan domestik terletak di bangunan yang berlainan. So kena menapak sikit.

Ambil return flight Wings Air ke Labuan Bajo. Pesawat kecil ada propeller macam pesawat Firefly. Tiket return dalam RM700++ agak mahal berbanding tiket return KL-Bali dalam RM400++.

Mendarat je di Bandara Komodo, Labuan Bajo, tour leader telah menunggu. Kami terus di bawa ke pelabuhan.

Sebelum tu singgah jap di sebuah mini market. Walaupun pakej ini dah termasuk makan minum, kami beli jajan dan minuman extra.

Setel semua benda, kami dibawa menaiki kapal. Makan tengahari atas kapal. Air kopi/teh layan diri.

Setelah belayar beberapa jam, kami sampai ke destinasi pertama, Pulau Kelor. Pulau ni kecil je dan berbukit. Kena panjat ke puncak bukit untuk melihat permandangan dari atas. View nya osem sangat.

Naik kapal balik dan berlayar semula ke destinasi kedua, Pulau Rinca. Oleh kerana saiz kapal yang besar, kapal berlabuh agak jauh dari pantai. Untuk ke pantai kami menaiki bot kecil.

Sampai di Pulau Rinca dah agak petang. Pulau ini tidak berpenduduk dan didiami biawak komodo liar. Hanya ada kuarters pegawai hidupanliar.

Kami dibawa ke sekeliling pulau untuk melihat biawak komodo di habitat asal mereka. Bergerak dalam satu baris dengan pegawai hidupanliar seorang di depan dan seorang di belakang.

Sebelum maghrib kami dibawa ke satu pulau kecil yang juga tidak berpenghuni untuk melihat ribuan keluang terbang keluar dari sarang. Kapal berlabuh di situ untuk bermalam.

Day 2

Nasib tak baik hujan turun dari pagi. Ada beberapa tempat yang termasuk dalam itinerary tapi tak dapat pergi. Hujan agak reda waktu tengahari.

Kapal berlayar ke Pulau Padar. Dalam keadaan hujan renyai-renyai kami mendaki untuk ke puncak Pulau Padar.

Puncak Pulau Padar adalah highlight kembara ini. Dari puncak ini kita boleh lihat permandangan pulau-pulau cantik dengan pantai putih bersih di bawah.

Selepas asar, ada yang sambung tido, ada yang relax-relax atas kapal. Saya memilih untuk berenang sambil bersnorkelling dari kapal ke pantai. Pantai putih bersih. Coral cantik. Tak perlu pergi jauh, dari pantai terus nampak coral. Coral in its prestine condition tak terusik manusia. A subhanallah moment!!

Day 3

Pagi-pagi lagi kami ke Pink Beach. Tak tahu nama pulau ni apa. Pink Beach ni memang warna pink sebab butiran coral halus bercampur pasir. Habis berposing, kami naik ke kapal balik dan terus ke Taka Makassar.

Taka Makassar ni sebuah benteng pasir di tengah-tengah laut. Takde pokok mahupun rumput. Berhenti sekejap di sini untuk bergambar.

Lepas makan tengahari atas kapal, kami terus ke Pulau Kanawa. Pulau ni khas untuk snorkelling. Coral tak nampak sangat tapi ikan banyak.

Hari ni hari terakhir atas kapal. Kapal mula bertolak balik ke pelabuhan.

Dalam perjalanan, kapal berhenti sekejap di tengah laut di satu tempat yang di panggil manta ray point. Dinamakan sedemikian kerana kita boleh lihat banyak ikan pari jenis itu di sini. Kalau suka boleh terjun berenang dengan dorang.

Sampai di Labuan Baju dan selesai check-hotel, kami ambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar bandar. Walaupun ramai penduduk kristian, tak susah nak cari makanan halal di sini. Banyak je warung halal tepi jalan.

Day 4

Kembara Flores dah berakhir. Kami dibawa ke airport untuk penerbangan ke Bali. Sebelum tu sempat ke kedai oleh-oleh yang terletak di depan airport. Kedai besar dan banyak pilihan. Kain ikat tenunan tangan masyarakat Flores ada dijual. Harga boleh tahan.

Transit di Bali. Makan tengahari di pantai Kuta. Soping oleh-oleh di Krishna. Flight petang ke KL.

Total hangus

  • Return flight KL - Bali RM400+*
  • Return flight Bali - Labuan Bajo RM700++
  • Pakej tour termasuk makan/minum, kapal dan hotel satu malam di Labuan Bajo RM1,200.

Pulau Kelor

Pink Island

Pulau Rinca

Pulau Kanawa

Taka Makasar

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah