Jom Kenali Gli, 'Penghuni Tetap' Di Hagia Sophia!
VIRALOctober 10, 2019 - 03:06 PM
Kalau siapa yang melancong ke Istanbul, Turki, mesti tak sah kalau tak melawat Hagia Sophia iaitu salah sebuah bangunan bersejarah terkenal dunia!
Tapi, korang perasan tak dalam bangunan tu sebenarnya ada 'si bulus' istimewa yang menjadi penghuni tetap di situ? Perasan? Tak perasan?
Ya, sebenarnya Hagia Sophia menjadi kediaman tetap kepada seekor kucing betina berbulu pendek yang bernama 'Gli'.
Punyalah popular dan terkenalnya Gli yang bermaksud 'persatuan dalam cinta' ini sampai kucing ini memiliki akaun Instagramnya sendiri iaitu @hagiasophiacat yang dah ada lebih 15 ribu pengikut.
Akaun media sosial Gli sebenarnya ditubuhkan dan diuruskan oleh seorang pemandu pelancong di Hagia Sophia iaitu Umut Bahceci.
Menurut Umut, idea untuk mencipta akaun Instagram Gli timbul selepas melihat si bulus itu pandai dan suka bergaya apabila didekati oleh para pelancong dari seluruh pelosok dunia.
Katanya, jika Gli ingin bergambar atau bermain, kucing betina itu akan berdiri berdekatan pondok Muezzin.
Namun jika dia keletihan atau sedang malas untuk bermain, Gli biasanya akan duduk bersantai sahaja di tengah-tengah lantai marmar Omphalos iaitu tempat di mana para pahlawan Byzantine dinobatkan, jadi tiada pelancong yang dibenarkan masuk melebihi garisan lantai tersebut.
Gli juga mempunyai tempat-tempat kegemaran untuk melepak mengikut keadaan cuaca dan musim ketika itu.
Jika musim sejuk, Gli biasanya akan berdiri dekat dengan cahaya projektor, altar atau mimbar yang mempunyai suhu lebih tinggi untuk menghangatkan badannya.
Gli dipercayai lahir pada tahun 2004 serta memiliki 2 saudara yang bernama Pati dan Kizim.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah mati dan tinggal Gli sendirian di Hagia Sophia.
Antara yang pernah berkunjung ke sana serta menemui dan bermain bersama Gli adalah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
P/S: Hebat Gli, kan? Hahaha....teringin nak jumpa dia bila min melancong ke Turki nanti!
Sumber: Lonely Planet
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah