'Selamat Tinggal Gli' - Hagia Sophia Kini Hilang Penyeri

VIRAL
November 09, 2020 - 02:52 PM


Ketika ini, pencinta kucing pastinya sedang bersedih dengan berita kematian Gli, si comel 'penjaga' Hagia Sophia di Istanbul.

Tetapi Gli, 16 tahun, pergi selepas menjalani kehidupan yang penuh warna-warni, malah ia sangat disayangi, baik mereka yang pernah melawat Hagia Sophia dan bertemunya, atau pun mereka yang hanya memerhati serta mengagumi dari jauh.

Berita pemergian Gli dimaklumkan oleh Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya dalam catatan Twitternya : "Kucing Hagia Sophia bernama Gli, yang dirawat di sebuah klinik haiwan swasta sejak 24 September, malangnya mati kerana usia tua".

Pada awal tahun ini, sedang Hagia Sophia menjalani kerja-kerja mengubah bangunan itu dari sebuah muzium kepada masjid, Gli tidak langsung terjejas oleh segala kekecohan itu.

Seni bina bersejarah itu sentiasa dianggap sebagai rumah baginya.

Jom kita imbas kembali kisah Gli yang pernah mencuri hati kita semua.

1) Gli dilahirkan pada 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.

2) Gli dilahirkan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).

3) Nama Gli pada mulanya ialah Gri (bermaksud kelabu, atau Grey dalam bahasa Inggeris). Nama itu diberikan oleh salah seorang pekerja yang bertugas di Hagia Sophia.

4) Nama itu kemudiannya berubah menjadi Gli, bermaksud penyatuan kasih sayang.

5) Gli hanya pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.

Gli sudah menghuni Hagia Sophia sejak dilahirkan pada 2004. - Foto/Instagram @hagiasophiacat

6) Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia difoto bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.

7) Gli mula jatuh sakit dan dirawat di sebuah klinik haiwan di Istanbul sejak hujung September lalu.

8) Gli menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam Sabtu, kerana sakit tua.

Sumber: Bernama & Astro Awani

Artikel Berkaitan: Jom Kenali Gli, 'Penghuni Tetap' Di Hagia Sophia!

Artikel Lain: Meskipun Status Hagia Sophia Dah Tukar Menjadi Masjid, Tapi Jangan Risau Si Bulus 'Gli' Kekal Di Situ!

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah