New Zealand Kini Membuka Sempadannya Semula
VIRALNew Zealand kini setuju untuk membuka semula pintu sempadan negaranya secara berperingkat bermula tahun depan hanya kepada individu yang lengkap dua dos vaksin. Dikatakan New Zealand akan membuka pintu sempadannya berperingkat, fasa pertama akan dibuka kepada warga New Zealand lengkap divaksin yang berada di Australia dibenarkan pulang pada 16 Januari depan.
Menteri Tindakan Covid-19, Chris Hipkins berkata, rakyat New Zealand yang berada di semua negara lain pula akan dibenarkan masuk mulai 13 Februari 2022.
“Pengembara asing akan menjadi kumpulan terakhir yang dibenarkan masuk ke negara itu, mulai 30 April.
“Semua pengembara mesti diberi vaksin sepenuhnya, perlu mengasingkan diri selama tujuh hari dan akan diuji untuk Covid-19 semasa ketibaan.
Buat masa sekarang, hanya warganegara dan penduduk tetap New Zealand sahaja dibenarkan memasuki negara itu dan mereka wajib dikuarintin selama 7 hari di hotel yang telah disediakan.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah