COVID-19 Pun Belum Reda, Sekarang India Diserang Belalang Pula!
VIRALMay 28, 2020 - 02:08 PM
Belum reda dengan masalah penularan pandemik COVID-19, penduduk di India kini berdepan satu lagi masalah baru apabila diserang dengan kehadiran jutaan belalang!
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Beberapa hari kebelakangan ini, penduduk di sekitar lokasi seperti Madhya Pradesh, Rajasthan dan Uttar Pradesh dikejutkan dengan serangan serangga itu.
Pada 20 Mei misalnya, ia dikesan di kawasan Duasa, Rajashtan dan sudah menyerang sekitar 200 kilometer dari kawasan itu dalam tempoh lima hari sahaja.
Malah, ia juga disifatkan sebagai serangan yang terburuk dalam tempoh 27 tahun.
Selain mengganggu kehidupan manusia, kehadiran serangga itu turut mengganggu tanaman dan industri pertanian.
Jika berlarutan, ia dijangka memberi kesan kepada sumber makanan di negara berkenaan.
Sumber: Mstar
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah