Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun, Akhirnya Pergunungan Himalaya Dapat Dilihat Jelas Dari Jarah Jauh
VIRALApril 09, 2020 - 01:42 PM
Apabila masyarakat dunia terpaksa duduk dan berkurung di rumah bagi mengekang penyebaran COVID-19, hikmahnya alam semakin tenang serta mendamaikan.
Manakan tidak kerana tangan-tangan manusia yang selama ini merosakkan alam 'digari' seketika hingga berjaya menampakkan betapa indahnya dunia ini tanpa pencemaran mereka.
Buktinya, penduduk di utara India buat pertama kali sejak tempoh 30 tahun berasa teruja kerana akhirnya dapat menikmati pemandangan menakjubkan pergunungan Himalaya dari jarak sejauh 200 kilometer dengan sangat jelas.
Mereka berkongsi keterujaan tersebut dengan berkongsi gambar-gambar pergunungan Himalaya yang diliputi salji ketika ini di laman media sosial.
Same view from Gujrat.. pic.twitter.com/PIbvkqn7Fd
— Zohaib Amjad (@lassipeeky) April 5, 2020
India, sebuah negara dengan populasi hampir 1.4 bilion, melaksanakan perintah berkurung sejak 22 Mac lalu.
Bukan hanya kerana kurangnya kenderaan di atas jalan raya, tetapi kebanyakan perindustrian juga ditutup dan ini membantu menurunkan tahap pencemaran ke paras yang rendah.
Sumber: Astro Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah