PM Letak Jawatan, Apa Yang Mungkin Berlaku Selepas Ini?

VIRAL
August 16, 2021 - 11:28 AM


Semalam, Malaysia digemparkan lagi dengan pengumuman  daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beliau pagi ini akan menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas gagal menarik kerjasama parti-parti pembangkang untuk bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Ini merupakan kali kedua Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan tatkala negara dilanda pandemik di mana sebelum ini pada Februari 2020, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Mahathir turut meletakkan jawatan, yang kemudiannya berakhir dengan perkenan YDPA menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. 

APA AKAN JADI SELEPAS INI?

Ada beberapa kemungkinan yang bakal berlaku termasuklah proses pertukaran kerajaan, namun langkah tersebut tidak akan berlaku serta merta sekiranya Perikatan Nasional yang diketua Muhyiddin masih lagi memegang majoriti. 

Sekiranya kerajaan kini tidak lagi memegang majoriti maka Perdana Menteri boleh mengusulkan agar YDPA membubarkan parlimen, namun, usul tersebut mungkin boleh ditolak oleh YDPA di atas faktor-faktor tertentu termasuklah penularan wabak kini yang semakin meningkat. 

PERTUKARAN PERDANA MENTERI DALAM KERAJAAN YANG SAMA

Ada juga kemungkinan untuk berlakunya pertukaran Perdana Menteri dalam kerajaan yang sama seperti yang berlaku pada 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri Tun Mahathir kerana kerajaan tersebut masih mempunyai majoriti. 

Namun, proses seterusnya yang akan berlaku di dalam arena politik negara kini terletak di atas tangan YDPA untuk menentukan sama ada kerajaan kini masih mempunyai sokongan majoriti ataupun tidak. 

Adakah negara bakal berdepan dengan pilihan raya tatkala pandemik? Hmm

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah